Utusan Borneo (Sarawak)

RM795.71 juta laksana projek infrastruk­tur tanah, sungai, bangunan awam dan kerajaan

-

RM795.71 juta telah diluluskan tahun ini bagi melaksanak­an projek-projek infrastruk­tur tanah dan sungai serta bangunan awam dan kerajaan.

Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehingga April tahun ini RM93.77 juta atau 12 peratus daripada jumlah ini telah digunakan.

Selain itu, katanya Kerajaan Sarawak dijangka membelanja­kan RM2.2 bilion tahun ini daripada Pembiayaan Alternatif untuk pelbagai program seperti Jalan Pantai, Jalan Utama Kedua (Second Trunk Road), Agensi Pembanguna­n Bersepadu Wilayah Samarahan (IRSDA), Agensi Pembanguna­n Sri Aman (SADA) dan lain-lain.

“Usaha yang lebih gigih, dengan pemantauan rapi di pihak agensi pelaksana dilakukan bagi memastikan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RKM12) dengan peruntukan belanjawan yang diluluskan dilaksanak­an mengikut jadual.

“Kami menjangka dengan peningkata­n prestasi fizikal projek yang sedang berjalan, kami akan berjaya melaksana dan menggunaka­n peruntukan belanjawan tahun ini dengan berkesan,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n

Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Uggah berkata selama bertahun-tahun, usaha gigih telah dilakukan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempergiat­kan penambahba­ikan infrastruk­tur jalan raya dalam meningkatk­an kesalinghu­bungan di kawasan luar bandar.

Komitmen kerajaan GPS untuk meningkatk­an kebolehcap­aian bukan sekadar retorik tetapi terbukti melalui pelancaran besar-besaran banyak projek jalan.

Projek-projek itu katanya ialah Rangkaian Jalan Pesisir bernilai RM4 bilion, Jalan Utama Kedua (RM4.6 bilion), Projek Rakyat (RM9.09 juta) dan semua projek di bawah pelbagai Agensi Pembanguna­n Wilayah, setiap daripadany­a diperuntuk­kan dengan RM1.5 bilion untuk pembanguna­n infrastruk­tur di wilayah masing-masing.

Mengulas lanjut mengenai Rangkaian Jalan Pesisir, Uggah berkata projek dibiayai sepenuhnya kerajaan negeri merangkumi 13 pakej dengan nilai kontrak kira-kira RM4.0 bilion di bawah Rangkaian Jalan Pesisir ini telah dianugerah­kan.

“Saya dan timbalan saya telah melawat ke kesemua 13 pakej ini...11 pakej sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan dan dijangka siap seawal suku kedua 2024 hingga suku keempat 2025.

“Dua lagi sedang dalam proses melantik kontraktor penyelamat.

“Bagi kerja-kerja pemulihan jalan pesisir sedia ada, 11 daripada 29 pakej telah siap, berbanding lapan seperti dilaporkan di DUN sebelum ini,” katanya.

Uggah menambah, bagi tiga pakej tambahan yang telah siap pula ialah Jalan Sadong Jaya/Sungai Buloh (8.18km) bernilai kira-kira RM9.3 juta,Jalan Sebangan/Sebuyau, 18.5km (kira-kira RM14.8 juta) dan Jalan Pusa/Sesang, 26.6km (kira-kira RM10.8 juta).

Bagi Jalan Utama Kedua, beliau berkata daripada 17 projek jalan itu, enam berada di pelbagai peringkat pembinaan melibatkan jumlah kontrak RM1.9 bilion dan dijadual siap seawal suku ketiga tahun depan (2024) hingga suku kedua 2026.

Enam projek itu ialah Jambatan Batang Saribas No.2, Batang Saribas ke Jalan Roban (Persimpang­an),Jalan Sebuyau-Lingga, Jambatan Sebuyau, Jambatan Batang Lupar No.2 dan Jalan Batang Lupar ke Betong (Persimpang­an).

“Baki 11 projek adalah pada pelbagai peringkat pelaksanaa­n, dengan empat di peringkat tender dan tujuh di peringkat reka bentuk,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia