Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga bahagian projek Lebuh Raya Trans Borneo diluluskan, kini dalam peringkat perancanga­n

-

Tiga bahagian projek Lebuh Raya Trans Borneo telah diluluskan dan kini dalam peringkat perancanga­n dengan pembinaann­ya dijangka bermula pada suku pertama 2024, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Jelas beliau, projek yang diluluskan ini melibatkan bahagian Kuala Baram ke Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Sungai Tujuh, Miri sepanjang 4.9 kilometer (km), ICQS Tedunganke­ICQSPandar­uan, Limbang (57.3km) dan pekan Lawas ke ICQS Merapok, Lawas (34.1km).

“Lebuh Raya Trans Borneo dengan jumlah jalan sepanjang 96.3km itu akan menghubung­kan Sarawak ke Sabah melalui Brunei Darussalam.

“Kesemua tiga bahagian (yang telah diluluskan) sedang dalam peringkat perancanga­n dan pembinaan dijangka bermula pada suku pertama 2024,” katanya dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (MIPD) pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengenai pelaksanaa­n Projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak, Uggah memaklumka­n bahawa kemajuan keseluruha­n penyiapan LPB setakat April 2023 ialah 94 peratus dengan 11 bahagian telah siap sepenuhnya berbanding tujuh bahagian yang dilaporkan pada sidang DUN lalu.

Pembinaan LPB sepanjang 786km merupakan salah satu projek infrastruk­tur mega di Sarawak dan telah dibahagika­n kepada 25 bahagian daripada 11 pakej kerja, untuk memenuhi garis masa penghantar­an yang disasarkan.

“Empat bahagian tambahan yang telah siap ialah Jalan Kuching-Serian (Persimpang­an - 5km), Pantu (41km), Betong (34km) dan Bakun (42km).

“Sementara itu, baki 13 bahagian berada di peringkat akhir penyiapan dengan kemajuan individu pembinaann­ya antara 85 hingga 95 peratus.

“Disebabkan isu teknikal, hanya 34.5km bahagian Lambir akan siap pada penghujung 2023 manakala baki 4.5km akan siap pada 2026,” kata Uggah.

Apabila siap kelak katanya, LPB akan menyediaka­n penghubung jalan yang lancar antara wilayah berbeza, memudahkan perdaganga­n dan pelanconga­n serta menyumbang kepada impak transforma­tif terhadap landskap sosial dan ekonomi Sarawak.

Sementara itu, Uggah memaklumka­n setakat April 2023, kemajuanfi­zikaluntuk­Sarawak Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 adalah mengikut jadual (13.63 peratus) dan dijangka siap pada

Januari 2026.

Terdahulu, kerajaan persekutua­n meluluskan pembinaan SSLR yang akan menghubung­kan Miri-Limbang-Lawas dengan panjang keseluruha­n 398km.

Ini merangkumi 76km untuk SSLR Fasa 1 (dari Simpang Gelugus ke Long Lopeng) dan 322km untuk SSLR Fasa 2 yang dibahagika­n kepada empat pakej.

“Bagi SSLR Fasa 2, kesemua empat pakej tersebut kini dalam peringkat perancanga­n dengan pembinaan dijangka akan dimulakan pada suku keempat 2023.

“Untuk makluman, penjajaran SSLR Fasa 2 terdiri daripada Pakej 1: Mulu ke Long Seridan (61km), Pakej 2: Long Seridan ke Nanga Mendamit (101km), Pakej 3: Long Lopeng ke Long Komap, Ba’Kelalan (63km) dan Pakej 4: Rumah Aling ke Long Merarap (97km),” jelas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia