Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan jet peribadi oleh pemimpin, pegawai kerajaan tawar beberapa kelebihan

-

Penggunaan jet peribadi oleh pemimpin dan pegawai kerajaan negeri menawarkan beberapa kelebihan berbanding pesawat komersial, termasuk keselamata­n yang dipertingk­atkan serta fleksibili­ti lebih besar dalam pengaturan perjalanan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata dalam hal ini, isu keselamata­n adalah amat penting dan tidak boleh diukur dari segi kewangan.

“Kita mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan perjalanan mereka (pemimpin dan pegawai kerajaan negeri) selamat dan terjamin, terutama untuk perjalanan ke luar negara.

“Oleh itu, penggunaan jet peribadi adalah pilihan berdaya maju yang boleh memberikan tahap keselamata­n diperlukan,” ujarnya dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kewangan dan Ekonomi Baharu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Uggah yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata demikian sebagai respons kepada isu yang dibangkitk­an Ahli

Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong ketika membahaska­n Usul Penghargaa­n Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidanga­n DUN, minggu lalu.

Yong mempersoal­kan penggunaan jet peribadi Airbus ACJ 319 yang mewah oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pemimpin negeri serta pasangan mereka dalam perjalanan rasmi ke London baru-baru ini yang menelan belanja berjuta-juta wang kerajaan negeri.

Sehubungan itu, Uggah semalam menjelaska­n bahawa

Kerajaan Sarawak telah menandatan­gani kontrak dengan Hornbill Skyways untuk penyediaan perkhidmat­an pesawat bagi Kerajaan Sarawak termasuk Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Premier dan Timbalan-Timbalan Premier Sarawak serta menteri-menteri kabinet.

“Justeru, jenis jet yang digunakan oleh pemimpin negeri atau pegawai kerajaan bukanlah ditentukan oleh Kerajaan Sarawak tetapi ditentukan oleh Hornbill Skyways berdasarka­n perjalanan dan kesesuaian teknikal pesawat untuk perjalanan jarak jauh,” jelas Uggah.

 ?? Rais Sanusi — Gambar Muhammad ?? TIBA: Uggah ketika tiba di Kompleks DUN semalam.
Rais Sanusi — Gambar Muhammad TIBA: Uggah ketika tiba di Kompleks DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia