Utusan Borneo (Sarawak)

1,104 projek dibiayai negeri dilulus bawah RMK12

Daripada jumlah itu, 748 atau 67.8 peratus adalah projek fizikal, baki 356 atau 32.2 peratus bukan fizikal Sehingga 31 Mac 2023, daripada 748 projek fizikal, 184 projek atau 24.6 peratus telah siap manakala baki 564 projek atau 75.4 peratus masih dalam pe

- Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Marlinda Mardzuki, Hafizah Abdul Hamid Datuk Amar Douglas Uggah Embas Timbalan Premier Sarawak

KUCHING: Sejumlah 1,104 projek yang dibiayai kerajaan negeri dengan siling RM30 bilion telah diluluskan di bawah pelaksanaa­n projek pembanguna­n Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata daripada jumlah itu, 748 atau 67.8 peratus adalah projek fizikal manakala baki 356 atau 32.2 peratus adalah bukan fizikal, yang merangkumi geran, sumbangan, pelaburan, program dan acara.

“Sehingga 31 Mac 2023, daripada 748 projek fizikal, 184 projek atau 24.6 peratus telah siap manakala baki 564 projek atau 75.4 peratus masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

“Perbelanja­an terkumpul dari tahun 2021 hingga 31 Mac 2023 ialah RM11.3 bilion atau 37.7 peratus berbanding jumlah siling RMK12,” katanya ketika ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kewangan dan Ekonomi Baharu pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua berkata, kerajaan akan terus mempercepa­tkan pelaksanaa­n projek yang dirancang dan pada masa yang sama memperkena­lkan langkah baharu untuk mengurangk­an projek sakit dan tertangguh.

Sementara itu katanya, bagi prestasi Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) di bawah tempoh RMK12, sebanyak 5,255 projek dengan peruntukan RM876.3 juta telah diluluskan.

“Sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 2,93 projek atau 55.9 peratus telah siap manakala baki 2,319 projek atau 44 peratus masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

“Perbelanja­an terkumpul

dari tahun 2021 hingga 31 Mac 2023 ialah RM302.2 juta atau 34.5 peratus berbanding jumlah peruntukan yang diluluskan,” katanya.

Mengenai projek rakyat, Uggah berkata sejumlah RM1.50 bilion diperuntuk­kan untuk membiayai pelaksanaa­n 592 projek yang diluluskan bagi tahun 2021, 2022 dan 2023.

Katanya, sehingga 31 Mac 2023, sebanyak 223 projek atau 37.7 peratus telah siap manakala baki projek masih dalam pelbagai peringkat perancanga­n dan pelaksanaa­n.

Tambah beliau secara kumulatif, sejumlah RM946.97 juta telah dibelanjak­an dalam tempoh yang sama.

“Kami komited untuk mempercepa­tkan pembanguna­n infrastruk­tur di Sarawak.

“Kami sedang berusaha melaksanak­an pelbagai projek di bawah Projek Rakyat, terutama jalan raya dan jambatan, bekalan air dan elektrik, kemudahan sosial, kemudahan pertanian dan projek sosioekono­mi yang lain,” tegasnya.

Bagi projek dibiayai kerajaan persekutua­n di bawah RMK12, Uggah memberitah­u bahawa di bawah Rolling Plan Pertama (2021-2022), kerajaan persekutua­n meluluskan sejumlah RM3.34 bilion untuk pelaksanaa­n 921 projek.

Katanya dari segi prestasi kewangan, sejumlah RM1.97 bilion atau 59.11 peratus daripada peruntukan yang diluluskan telah dibelanjak­an pada 31 Disember 2021.

“Di bawah Rolling Plan Kedua (2022-2023), sejumlah RM3.24 bilion telah diperuntuk­kan untuk pelaksanaa­n 960 projek.

“Dari segi prestasi kewangan, RM3.09 bilion atau 95.25 peratus daripada peruntukan telah dibelanjak­an setakat 31 Disember 2022,” katanya.

Sementara itu, di bawah Rolling Plan Ketiga (20232024), sejumlah RM4.12 bilion telah diluluskan untuk pelaksanaa­n 1,002 projek, katanya.

Uggah memberitah­u, sehingga April 2023, 27.7 peratus daripada peruntukan telah dibelanjak­an.

“Dari segi prestasi fizikal, daripada 1,002 projek, 193 projek telah disiapkan, 195 projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n, 609 projek di peringkat prapelaksa­naan dan lima projek sedang menunggu kelulusan daripada pelbagai pihak berkuasa,” ujarnya.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? AKHIR: Uggah menunjukka­n teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya sebelum Persidanga­n DUN bermula semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi AKHIR: Uggah menunjukka­n teks ucapan penggulung­an kementeria­nnya sebelum Persidanga­n DUN bermula semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia