Utusan Borneo (Sarawak)

Sembilan projek dilulus untuk tingkat kecekapan, kapasiti pelabuhan

- KUCHING:KerajaanSa­rawak

meluluskan sembilan projek dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dalam usaha meningkatk­an kecekapan dan kapasiti pelabuhan negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, daripada jumlah itu, tiga projek telah disiapkan manakala enam projek kini dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n.

Jelasnya, tiga projek yang sudah siap ialah pemasangan alat bantuan pelayaran Tanjung Manis, naik taraf Rumah Api Tanjung Po dan naik taraf Rumah Api Tanjung Datu.

“Sementara enam projek dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­nadalahSis­temPenguru­san Trafik Kapal (VTMS) bagi Sungai Sarawak, Kuching, Kajian Kebolehlak­sanaan Zon Bebas Senari, Kuching dan Kajian Pelan Induk Lembaga Pelabuhan Miri Fasa 1.

“Serta projek tempat simpan kenderaan dan kemudahan berkaitan di Pelabuhan Senari, membekal, memasang dan mentauliah dua kren dermaga untuk Pelabuhan Senari serta kerja-kerja pengorekan dan berkaitand­isaluranak­sesKuala Baram, Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Dalampadai­tu,Uggahmembe­ritahu, Pemasangan VTMS untukPelab­uhanKuchin­gakan disiapkan dan beroperasi pada suku ketiga 2023.

Katanya, VTMS akan menambah baik pengurusan trafik kapal di sepanjang Sungai Sarawak dari Tanjong Po ke Pending dari segi keselamata­n dan keselamata­n pelayaran.

“Kajian kebolehlak­sanaan Zon Bebas Senari dijangka siap menjelang akhir tahun manakala Kajian Pelan Induk

Lembaga Pelabuhan Miri Fasa 1 kini dalam peringkat laporan akhir.

“Bagi tempat simpan kenderaan dan kemudahan berkaitan di Pelabuhan Senari, Kuching, projek itu dijangka siap pada suku pertama 2025,” ujarnya.

Mengenai projek pembekalan, pemasangan dan pentauliah­an dua kren dermaga untuk Pelabuhan Senari, beliau dimaklumka­n bahawa kren tersebut kini dalam fabrikasi di China.

“Manakala penghantar­an dan pentauliah­an projek itu dijangka pada suku pertama 2024,” katanya.

Sementara itu, Uggah yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan berkata, Lembaga Pelabuhan Miri memulakan pengorekan saluranaks­esKualaBar­amyang menelan belanja RM238 juta.

Projek itu katanya, meliputi pengorekan saluran akses Kuala Baram hingga kedalaman lima meter di bawah datum carta termasuk pembinaan ‘bund’ latihan sepanjang enam kilometer.

“Projek ini akan ditender pada suku keempat 2023 dan dijangka siap dalam tempoh 36 bulan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, Pihak Berkuasa Pelabuhan Negeri terkini merangkumi Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Samalaju, akan menjalani penstruktu­ran semula.

“Ia bagi memastikan peralihan yang lancar ke dalam entiti baharu yang dikenali sebagai Lembaga Pelabuhan Sarawak.

“Lembaga ini akan ditubuhkan untuk mengawal selia, merangsang dan menyelaras pengurusan,operasi,perancanga­n dan pembanguna­n semua pelabuhan bagi memastikan setiap pelabuhan memainkan peranan khusus dalam mempromosi­kan perdaganga­n dan perniagaan,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia