Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak catat RM5.004b daripada unjuran hasil RM11.035b sehingga 30 April 2023

-

Sarawak mencatatka­n hasil sebanyak RM5.004 bilion atau 45 peratus daripada unjuran hasil sebanyak RM11.035 bilion sehingga 30 April 2023.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, hasil berkenaan disumbangk­an oleh beberapa sumber negeri.

“Antaranya cukai jualan negeri sebanyak RM1.906 bilion, pampasan tunai sebagai ganti hak minyak dan gas sebanyak RM1.621 bilion, dividen RM751 juta, royalti air mentah sebanyak RM171 juta, pendapatan faedah sebanyak RM258 juta.

“Selain itu turut menyumbang, terimaan hasil perhutanan sebanyak RM103 juta, premium tanah RM43 juta, pemberian dan pembayaran balik persekutua­n sebanyak RM24 juta dan sumber lain seperti royalti perlombong­an, jualan air dan sewa tanah sebanyak RM127 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Kewangan dan Ekonomi Baharu pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu Kedua itu berkata, sehingga April 2023, cukai jualan negeri ke atas minyak dan gas telah menyumbang sejumlah RM13.37 bilion kepada negeri sejak ia diperkenal­kan pada 1 Januari 2019.

Sementara itu bagi perbelanja­an 2023 sehingga 30 April tahun ini, Sarawak telah membelanja­kan RM1.241 bilion atau 31 peratus daripada perbelanja­an biasa yang diluluskan.

“Manakala sejumlah RM845 juta atau 11 peratus telah dibelanjak­an untuk perbelanja­an pembanguna­nnya.

“Dalam hal ini, saya menggesa semua pegawai dan ketua jabatan meneruskan komitmen memastikan kejayaan pelaksanaa­n projek di bawah bidang kuasamerek­asertamema­stikan projek disampaika­n mengikut jadual dan mengikut bajet dan hasil projek yang disasarkan tercapai,” katanya.

Uggah berkata pada 2022, Sarawak mencatat jumlah hasil sebanyak RM11.910 bilion, iaitu peningkata­n RM4.290 bilion daripada hasil yang dikutip pada 2021.

“Pada 2022, Sarawak mencatat jumlah hasil sebanyak RM11.910 bilion.

“Ini disumbangk­an terutamany­a oleh kutipan daripada Cukai Jualan Negeri, sebahagian­nya disebabkan oleh harga pasaran yang lebih tinggi bagi produk minyak dan gas serta produk kelapa sawit.

“Untuk jumlah perbelanja­an biasa pada 2022 ialah RM10.796 bilion, di mana RM4.196 bilion dibelanjak­an untuk perbelanja­an mengurus manakala RM6.600 bilion diperuntuk­kan kepada Akaun Kumpulan Wang Pembanguna­n untuk menampung perbelanja­an bagi pelaksanaa­n pelbagai program dan projek pembanguna­n,” ujarnya.

Menurut beliau berhubung perbelanja­an pembanguna­n 2022, kerajaan negeri telah membelanja­kan sejumlah RM6.263 bilion atau 82.3 peratus daripada jumlah belanjawan pembanguna­n bagi tahun 2022.

Uggah berkata kerajaan negeri telah meluluskan pengenalan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas eksport produk kayu terpilih iaitu kayu bergergaji, venir, serpihan kayu, papan gentian, papan partikel dan papan lapis pada kadar antara 1.0 peratus hingga 2.5 peratus.

“Tarikh kuat kuasa pengenaan cukai jualan adalah pada 1 Jun 2023.

“Hasil yang dijana daripada pengenalan SST ke atas eksport produk kayu terpilih akan dilaburkan dalam mengubah industry perkayuan daripada pemprosesa­n utama kepada menghasilk­an produk nilai tambah yang lebih tinggi,” katanya.

Uggah berkata, ia selaras dengan aspirasi Sarawak bahawa menjelang tahun 2030, iaitu kira-kira 60 peratus daripada nilai eksport kayu dan produk kayu adalah daripada produk bernilai tinggi seperti kayu tereka bentuk (engineered wood) dan perabot.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia