Utusan Borneo (Sarawak)

TTG Miri dalam proses pengubahsu­aian bangunan, dijangka siap Disember 2023

-

Tempat Transit Gelandanga­n (TTG) Miri kini sedang dalam proses pengubahsu­aian bangunan dan dijangka siap pada Disember 2023.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, TTG Miri yang terletak di belakang Pejabat Daerah Miri yang lama, dalam proses pengubahsu­aian oleh Majlis Bandaraya Miri.

“TTG Bintulu (di tepi Jambatan Sungai Sebiew) sedang dalam proses pembinaan bangunan oleh Lembaga Kemajuan Bintulu dan dijangka siap pada Mei 2025.

“TTG juga menjadi platform bagi aktiviti-aktiviti kesukarela­wanan melibatkan pelbagai NGO, institusi pendidikan, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan JKKK setempat,” katanya dalam ucapan penggulung­an kementeria­n pada Persidanga­n DUN di sini, kelmarin.

Menurut Fatimah TTG Sibu pula telah beroperasi sepenuhnya sejak Februari 2022.

“Sejak TTG Sibu beroperasi mulai Februari 2022 sehingga Mei 2023, seramai 87 orang gelandanga­n dengan 65 orang atau 75 peratus lelaki dan 22 (25 peratus) wanita telah menggunaka­n perkhidmat­an TTG.

“Daripada jumlah tersebut, sembilan orang telah mendapat pekerjaan, tiga orang ditempatka­n di RSK Sibu dan Kuching.

“Manakala 15 masih mengikuti latihan kemahiran menjana pendapatan, 12 orang telah kembali ke pangkuan keluarga masing-masing dan selebihnya telah meninggalk­an TTG secara sukarela,” katanya.

Beliau berkata kesemua gelandanga­n ini telah direkodkan profil mereka.

Menurut Fatimah, sejak pengoperas­ian TTG Sibu, sebanyak 79 siri program kesukarela­wanan telah dilaksanak­an. “Antara rakan strategik korporat TTG Sibu adalah Petronas dan Lembaga Pelabuhan Bintulu, termasuk ADUN Pelawan yang turut menyumbang dana dan barangan keperluan harian,” katanya.

Mengenai isu lain, kementeria­n terus komited menangani kesemua 14 isu sosial utama yang telah dibangkitk­an pada persidanga­n yang lepas.

“Untuk persidanga­n kali ini, laporan kementeria­n tertumpu kepada isu penyalahgu­naan dadah dan substans.

“Melalui kolaborati­f dan kerjasama dengan rakanrakan strategik Majlis Pembanguna­n Sosial (MPS), kementeria­n komited menjalanka­n tanggungja­wab kolektif menangani isu penyalahgu­naan dadah dan substans,” katanya.

Fatimah berkata isu itu dikategori oleh Kerajaan Sarawak sebagai satu isu keselamata­n negeri yang telah menjejaska­n kesejahter­aan komuniti.

Katanya, juga didapati menjadi punca utama kepada isu sosial lain seperti keganasan rumah tangga (83 peratus), masalah keluarga (70 peratus), jenayah harta benda (68 peratus) dan kesihatan mental (52 peratus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia