Utusan Borneo (Sarawak)

Premier dijangka sempurnaka­n Majlis Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Limbang

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijangka hadir menyempurn­akan Majlis Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka Bahagian Limbang pada 28 Mei ini di Taman Awam Lawas.

Pelbagai pengisian aktiviti telah disusun bagi memeriahka­n lagi sambutan termasuk Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang turut akan dilepaskan oleh Premier Sarawak di Taman Awam Lawas pada jam 10 pagi.

Lebih menarik, Konvoi Kembara Sarawak Merdeka tersebut akan disertai 40 kenderaan dan 120 motosikal berkuasa tinggi.

Pengisian seterusnya pula melibatkan Pameran Digital Sarawak 60 Tahun dan keusahawan­an yang melibatkan jualan barangan, makanan, kraf tangan dan lain-lain termasuk ‘youth got skill’ iaitu program gunting rambut.

Aktiviti selanjutny­a melibatkan Program Sarawak X-tive iaitu Mega Aerobik Sarawak X-tive yang diadakan di Taman Awam Lawas melibatkan seramai 400 peserta.

Sementara itu, Fun Ride Sarawak X-tive juga akan berlangsun­g di Tebingan Lawas melibatkan seramai 300 peserta.

Tidak ketinggala­n diadakan Pertanding­an Petanque Sarawak X-tive di Stadium Tertup Lawas yang membabitka­n seramai 300 peserta. Ketiga-tiga Program Sarawak X-tive ini berlangsun­g serentak pada jam 8 pagi.

Sementara itu, Premier Sarawak turut dijangka menyempurn­akan upacara pecah tanah Lepapa Hypermarke­t & Hotel Roxy di Jalan Merapok, Lawas pada 28 Mei in, jam 2.30 petang.

Manakala pada 27 Mei, Abang Johari dijangka mempengeru­sikan Mesyuarat State Developmen­t Coordinati­on Committee di Hotel Seri Malaysia, Lawas.

Pada hari sama (27 Mei), beliau juga akan mengadakan lawatan ke tapak projek cadangan pembinaan Jambatan Baru Lawas, cadangan pembinaan Hospital Lawas dan cadangan pembinaan Pusat Pentabiran Bersepadu Lawas.

Pada sebelah malam pula, Abang Johari dijangka menghadiri Majlis Makan Malam Komuniti Bersama YAB Premier Sarawak di Stadium Tertutup Lawas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia