Utusan Borneo (Sarawak)

Miri perlu pusat kaunseling mental yang kekal

Sebahagian besar bangunan pusat sedia ada terletak di atas tanah milik persendiri­an: Chiew

- Oleh Clare Cinderella Ahli Parlimen Miri

MIRI: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mencari jalan penyelesai­an bersama Kerajaan Sarawak dalam membantu membina sebuah pusat kaunseling yang dikendalik­an Persatuan Kesihatan Mental Miri dengan kerjasama Jabatan Psikiatri Hospital Miri.

Ahli Parlimen Miri Chiew Choon Man dalam perbahasan Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta Kesihatan Mental di Parlimen semalam berkata, pusat seumpama itu telah beroperasi di Miri sejak sekian lama dan mempunyai sumbangan yang besar dalam menjaga dan membantu rakyat di sekitar kawasan zon utara Sarawak dalam kesihatan mental.

Oleh yang demikian katanya, dengan mengambil kira kes-kes membabitka­n kesihatan mental yang semakin meningkat seiring peningkata­n

populasi maka fasilitiny­a wajar dipertingk­at.

“Bagi pihak Hospital Miri, saya ingin merayu kepada pihak KKM untuk bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak untuk mendapatka­n satu bangunan yang

kekal di bandar raya Miri dengan persekitar­an yang bersesuaia­n untuk aktiviti kaunseling ini.

“Ini kerana baru-baru ini mereka mendapati bahawa sebahagian besar bangunan pusat mereka sebelum ini yang merupakan kuarters kerajaan pada zaman British telah menjadi milikan tanah persendiri­an,” katanya.

Chiew berkata, beliau dan Hospital Miri menghargai jasa baik pemilik tanah dalam membenarka­n pusat itu terus beroperasi di atas tanah mereka tanpa sebarang bayaran selama ini tetapi difahamkan bahawa kebenaran untuk pusat kaunseling itu bertapak di tanah mereka hanyalah bersifat jangka masa pendek.

“Untuk perancanga­n jangka masa panjang, saya berharap KKM dengan kerjasama Kerajaan Sarawak akan menyediaka­n satu tapak berserta bangunan dan peruntukan di lokasi yang sesuai untuk membantu mereka terus beroperasi dan menjaga kesihatan mental yang semakin diperlukan oleh rakyat di bandar raya Miri,” tambahnya.

Chiew memberitah­u, isu mental merupakan satu isu kesihatan yang harus ditangani secara serius dan profesiona­l oleh semua pihak.

Oleh itu katanya, adalah tidak sesuai untuk menyatakan pihak atau kumpulan tertentu sebagai orang yang mempunyai sakit mental tanpa asas perubatan dan pandangan profesiona­l.

“Dalam usaha membantu orang yang bercelaru mental dan individu yang menghadapi kesihatan mental, kerajaan terutama pihak KKM melalui pegawai perubatan psikiatri harus bekerjasam­a dengan pertubuhan bukan kerajaan yang lain dalam meningkatk­an kesedaran rakyat tentang kesihatan mental.

“Ini kerana masyarakat kita masih lagi fobia atau takut untuk datang ke hospital untuk mendapatka­n kaunseling atau rawatan kesihatan mental,” ujarnya.

Bagi pihak Hospital Miri, saya ingin merayu kepada pihak KKM untuk bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak untuk mendapatka­n satu bangunan yang kekal di bandar raya Miri dengan persekitar­an yang bersesuaia­n untuk aktiviti kaunseling ini.

Chiew Choon Man

 ?? ?? SERUAN: Chiew mohon KKM bekerjasam­a dengan kerajaan negeri membina pusat kaunseling mental di Miri, semasa mengambil bahagian dalam bahas di Dewan Rakyat semalam.
SERUAN: Chiew mohon KKM bekerjasam­a dengan kerajaan negeri membina pusat kaunseling mental di Miri, semasa mengambil bahagian dalam bahas di Dewan Rakyat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia