Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak keluar permit kajian karbon kepada sebuah syarikat tempatan

-

Sarawak telah mengeluark­an satu permit kajian karbon kepada sebuah syarikat tempatan.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, permit berkenaan bertujuan membuat kajian dan menilai potensi sebenar kawasan tersebut bagi menjalanka­n aktiviti karbon.

“Kerajaan Sarawak telah memulakan insiatif karbon berdasarka­n pendekatan ‘Nature Based Solution’.

“Melalui pindaan Ordinan Hutan 2022 dan The Forest (Forest Carbon Activity) Rules 2022, yang telah berkuat kuasa pada 1 Januari 2023, perdaganga­n karbon di Sarawak kini dapat dilaksanak­an,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulung­an Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar pada

Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Kedua berkata dengan liputan hutan yang luas, Sarawak berpotensi menjadi pemain utama dalam pasaran karbon antarabang­sa.

Katanya dasar kini Kerajaan Sarawak adalah untuk mengurangk­an kadar penebangan pokok serta pembalakan di negeri ini.

“Pada masa yang sama, kerja-kerja konservasi dan restorasi hutan dipertingk­atkan dalam usaha memastikan agenda kelestaria­n alam sekitar dicapai.

“Oleh itu, kerajaan perlu mencari potensi baharu dalam penjanaan pendapatan daripada nilai sumber hutan itu sendiri seperti perdaganga­n karbon,” katanya.

Selain itu beliau menambah, sehingga kini lebih kurang 3.95 juta hektar telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal yang melibatkan 117 kawasan.

Ujarnya, bagi tahun 2023, dua kawasan Hutan Simpan Kekal yang baharu iaitu Hutan Terlindung Murum berkeluasa­n 7,236 hektar dan Hutan Simpan Bakam yang berkeluasa­n 907 hektar telah diwartakan.

“Di samping peranannya sebagai hutan pengeluara­n, Hutan Simpan Kekal juga penting untuk pemulihara­an kepelbagai­an biologi, sumber hasil bukan kayu, kawasan tadahan air dan riadah bagi menyokong aktiviti pemulihara­an di luar Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA).

“Terkini kawasan Hutan Simpan Kekal juga berpotensi untuk dijadikan kawasan penyimpana­n karbon,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia