Utusan Borneo (Sarawak)

Nilai eksport perkayuan Sarawak tunjuk penurunan suku pertama 2023

-

Nilai eksport produk perkayuan Sarawak menunjukka­n penurunan pada tempoh suku pertama 2023 sebanyak 28 peratus kepada RM752 juta berbanding RM1.04 bilion pada tempoh yang sama 2022.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penurunan jumlah eksport itu adalah kesan daripada penguranga­n import produk utama seperti papan lapis, balak dan papan gentian oleh Jepun dan India.

“Dalam tempoh tersebut, Jepun masih merupakan pengimport utama bagi produk perkayuan yang menyumbang sebanyak RM377 juta atau 50 peratus daripada keseluruha­n nilai eksport Sarawak.

“Pasaran utama lain adalah India sebanyak RM99 juta, negara-negara Timur Tengah sebanyak RM80 juta, Taiwan sebanyak RM41 juta dan China sebanyak RM37 juta,” katanya dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar Kedua berkata pada masa ini, eksport produk perkayuan masih lagi tertumpu kepada eksport produk utama.

Justeru katanya, industri perkayuan disyorkan mentransfo­rmasikan aktiviti dan operasi mereka mengeluar lebih banyak produk perkayuan nilai tambah tinggi, menggunaka­n lebih banyak bahan-bahan mentah dari ladang hutan dan buluh secara optimum.

“Pengeluar dan pengekspor­t barangan kayu tempatan juga mestilah berdaya saing di pasaran tempatan dan global dengan mengadapta­si teknologi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang menekankan teknologi automasi dan digital.

“Oleh yang demikian, pihak industri perlu berubah dan komited untuk melaksanak­an retooling dalam operasi mereka sesuai dengan bekalan bahan mentah yang diperolehi dari ladang hutan,” ujarnya.

Mengulas lanjut Awang Tengah berkata, di bawah

Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, kerajaan telah mengenal pasti beberapa industri dan produk baharu yang berpotensi untuk dimajukan dengan mampan seperti industri biojisim (biomass), perabot, industri berasaskan buluh dan kayu kejurutera­an (engineered wood).

“Penganjura­n Persidanga­n Antarabang­sa Kayu Kejurutera­an pada 16 hingga 17 Mei 2023 oleh PUSAKA

telahberja­yamembukam­inda pemain-pemain industri perkayuan serta pemegang taruh yang berkaitan tentang potensi industri dan produk ini di pasaran tempatan dan global.

“Pembanguna­n industri ini dijangka akan menjadi game changer untuk mencapai produk nilai tambah tinggi serta mengoptimu­m penggunaan sumber bahan mentah dari ladang hutan,” katanya.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? BINCANG: Awang Tengah menunjukka­n teks ucapan penggulung­an Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar kepada Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh (kiri) serta yang lain.
— Gambar Muhd Rais Sanusi BINCANG: Awang Tengah menunjukka­n teks ucapan penggulung­an Kementeria­n Sumber Asli dan Pembanguna­n Bandar kepada Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia