Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan popular

Ia selepas sempadan dibuka sepenuhnya yang memudahkan pergerakan barangan dan orang ramai

- Laporan oleh Patricia Gari, Jessica Jawing, Marlinda Mardzuki, Hafizah Abdul Hamid Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan

Projek metanol bernilai RM5.7 bilion di Taman Perindustr­ian Petchem hampir siap dan dalam fasa pembinaann­ya.

KUCHING: Sarawak kekal sebagai destinasi pelaburan popular di rantau ini selepas sempadan dibuka sepenuhnya yang memudahkan pergerakan barangan dan orang ramai.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, ekoran daripada itu, beberapa projek di Sarawak telah mencapai kemajuan yang baik.

“Projek metanol bernilai RM5.7 bilion di Taman Perindustr­ian Petchem hampir siap dan dalam fasa pembinaann­ya.

“Sarawak Shell Bhd juga sedang melabur kira

kira AS$5 bilion untuk mengkomers­ialkan gas masam dari luar pesisir Sarawak dan sedang membina Loji Gas

Pesisir1(OGP1)dalamTaman Perindustr­ian Petchem di Tanjung Kidurong, Bintulu.

“Projek OGP 1 kini sedang

dalam penyediaan tapak dan disasarkan untuk meneruskan pembinaan tahun ini,” katanya.

Awang Tengah berkata demikian dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Perdaganga­n

Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Pada masa sama katanya, syarikat PTTEP HK Ltd. Dari Thailand (PTTEP) juga sedang mempertimb­angkan untuk melabur AS$5 bilion bagi mengkomers­ialkan penemuan gas masam mereka.

“Keputusan Pelaburan Akhir (FID) tentang pelaburan ini akan diputuskan menjelang awal 2024,” ujar Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan itu.

Dalam pada itu, Awang Tengah memberitah­u bahawa Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) melalui anak syarikat milik penuhnyase­dangbekerj­asama dengan pelabur Amerika dalam projek pembuatan sarung tangan perubatan bernilai RM130 juta di Petchem Industrial Park.

“Projek itu kini dalam peringkat pembinaan dan dijangka beroperasi pada awal 2024,” katanya.

Tambahnya, SEDC juga bekerjasam­a dengan pelabur dari Korea Selatan dan Jepun dalam dua projek hidrogen bernilai kira-kira RM24 bilion.

“Pada masa ini, kedua-dua projek itu berada di peringkat Front End Engineerin­g Design (FEED) dan juga disasarkan untuk mencapai FID menjelang 2024 agar dapat mula beroperasi menjelang 2027,” ujarnya.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? BERSAMA STAF: Awang Tengah merakam kenangan bersama warga Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan di DUN semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi BERSAMA STAF: Awang Tengah merakam kenangan bersama warga Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan di DUN semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia