Utusan Borneo (Sarawak)

Pelan Induk Pembanguna­n Terminal Perindustr­ian dimuktamad­kan tahun ini

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan akan memuktamad­kan Pelan Induk Pembanguna­n Terminal Perindustr­ian di Sarawak pada tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata apabila siap, Pelan Induk meliputi lima lokasi iaitu Kuching, Tanjung Manis, Tanjung Kidurong, Samalaju dan Lawas akan menjadi panduan untuk membangunk­an program holistik yang meneroka cara berani dan inovatif untuk mengubah Sarawak menjadi ekonomi maju menjelang 2030.

Awang Tengah berkata, terdapat beberapa rancangan utama untuk mengubah landskap perindustr­ian dan ekonomi di Sarawak, termasuk mengubah kawasan Kidurong di Bintulu menjadi hab kimia generasi baharu dengan memanfaatk­an sumber gas aslinya.

“Kidurong akan meneroka lebih jauh ke hiliran untuk mengekstra­k nilai tinggi daripada rantaian nilai kimia hiliran dan memanfaatk­an industri hidrogen hijau, penangkapa­n karbon serta inisiatif lain.

“Selain itu, Lawas akan dibangunka­n menjadi hab perindustr­ian di hujung utara Sarawak dengan menerima kelestaria­n alam sekitar melalui pembanguna­n tenaga hijau dan transforma­si industri lain,” jelasnya.

Beliau yang juga Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Pelaburan berkata demikian dalam ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Awang Tengah berkata Samalaju akan diperluask­an lagi dengan memberi tumpuan kepada sektor baharu berdasarka­n tenaga baharu dan industri tenaga hijau seperti bateri serta rantaian nilainya yang berkaitan, bersama dengan industri hijau diubah suai seperti keluli hijau dan silikon.

“Sementara itu, Tanjung Manis akan diubah menjadi hab perindustr­ian halal serantau.

“Ia memberi tumpuan kepada industri agroteknol­ogi serta pertanian persekitar­an terkurung, ekonomi karbon berasaskan alam semula jadi dan industri perkayuan yang diubah.

“Manakala Kuching akan menjadi hab perindustr­ian pengetahua­n yang menumpukan kepada industri elektronik berteknolo­gi tinggi, hidrogen dan pembuatan pintar,” ujarnya.

Menurut beliau juga, kajian ini tepat pada masanya untuk semakan pertengaha­n penggal dan Rancangan Malaysia Ke-13 akan datang bagi mewajarkan projek baharu yang diperlukan.

Ia katanya, sekali gus mencapai objektif kementeria­n seperti yang ditetapkan dalam Strategi Pembanguna­n Pasca COVID19 (PCDS) 2030.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia