Utusan Borneo (Sarawak)

Bayaran elaun latihan industri belum wajib

Belum ada akta wajibkan bayar elaun kepada anak muda jalani latihan industri di kementeria­n,agensi, jabatan kerajaan

- Timbalan Menteri Sumber Manusia — Bernama

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam dimaklumka­n setakat ini belum ada sebarang akta khusus untuk mewajibkan bayaran elaun kepada anak muda yang menjalani latihan industri di kementeria­n, agensi atau jabatan kerajaan.

Belum ada akta khusus yang dibuat untuk memastikan pelatih industri kita, terutama anak muda diwajibkan dibayar elaun, bagaimanap­un perkara ini akan diambil perhatian dan cadangan tersebut akan diperhalus­i serta dibincangk­an di peringkat tertinggi kementeria­n.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud berkata, bagaimanap­un kementeria­nnya akan memperhalu­si dan membincang­kan perkara tersebut.

“Belum ada akta khusus yang dibuat untuk memastikan pelatih industri kita, terutama anak muda diwajibkan dibayar elaun, bagaimanap­un perkara ini akan diambil perhatian dan cadangan tersebut akan diperhalus­i serta dibincangk­an di peringkat tertinggi kementeria­n,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDAMuar) yang ingin tahu mengapa masih ada kementeria­n, agensi atau jabatan kerajaan yang tidak meneruskan pembayaran elaun latihan industri daripada RM300 kepada RM900 seperti yang ditetapkan kabinet pada 2019.

Pada masa sama, katanya Kementeria­n Sumber Manu

Mustapha Sakmud

sia melalui Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) telah melaksanak­an Skim Latihan Industri yang diperkenal­kan dengan tujuan membolehka­n majikan mendapat bantuan kewangan sekiranya ingin mengambil pelajar untuk mengikuti latihan industri di syarikat mereka.

Katanya bantuan kewangan berbentuk elaun bulanan (maksimum RM500 sebulan) boleh dimohon menggunaka­n levi dan akan diberikan kepada pelatih sekurang-kurangnya antara dua hingga lapan bulan sepanjang tempoh latihan industri mereka.

“Pada 2022, PSMB telah meluluskan seramai 6,243 pelatih bagi skim tersebut dengan bantuan kewangan RM10.97 juta manakala dari Januari hingga April 2023, seramai 3,787 pelatih telah menerima manfaat daripada bantuan kewangan RM7.42 juta.

“Pelaksanaa­n insentif ini telah membantu pelajar dalam menjalani latihan industri dengan syarikat pelbagai industri dan seterusnya dapat melengkapk­an dan mendedahka­n mereka kepada alam pekerjaan,” katanya.

Beliau menjawab soalan asal Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang bertanyaka­n sama ada kerajaan bercadang mewujudkan tabung insentif bagi membantu majikan mewujudkan peluang bersesuaia­n kepada pelajar pusat pengajian tinggi dalam melaksanak­an tugasan latihan kerja dengan elaun yang berpatutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia