Utusan Borneo (Sarawak)

Swinburne Sarawak terima kunjungan Agensi Kelayakan Malaysia

-

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) Profesor Dato Dr Mohammad Shatar Sabran telah mengetuai delegasi mengadakan kunjungan ke Swinburne University of Technology Kampus Sarawak baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan pihak Swinburne Sarawak, kunjungan tersebut adalah dalam rangka kerja untuk melawat setiap institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Ketibaab Dr Mohammad telah disambut oleh kumpulan eksekutif Swinburne Sarawak yang diwakili Pro Naib Canselor Swinburne Sarawak Profesor Lau Hieng Ho.

MQA ditubuhkan pada 2007 dengan peranan utama melaksanak­an Rangka

Kerja Kelayakan Malaysia (MQF) sebagai asas untuk jaminan kualiti pendidikan tinggi di Malaysia.

Ia memantau dan menyelia amalan jaminan kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi negara.

Semasa lawatan itu, kedua-dua pihak terlibat dalam perbincang­an yang bermanfaat mengenai isu, kebimbanga­n dan cabaran yang dihadapi universiti.

Dr Mohammad turut berkongsi maklumat terkini daripada MQA, termasuk inisiatif pembelajar­an yang fleksibel dan sepanjang hayat pada masa depan.

Para pengunjung juga dibawa melawat ke kampus, termasuk dewan kuliah dan bilik tutorial yang telah diubah suai, teater kuliah, perpustaka­an,

makmal kesela- matan siber dan Kampung

Pelajar. Kerja-kerja pembinaan semula dan pengembang­an kampusberm­ulapada201­9 di mana sehingga RM50 juta telah dilaburkan ke dalam ruang pengajaran dan pembelajar­an, penginapan, kawasan rekreasi dan riadah serta hab pelajar.

“Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Pelan Strategik Swinburne 2025 untuk menjadi universiti sains, teknologi dan inovasi bertaraf dunia,” kongsi Lau.

Tambahnya, ia juga akan mengukuhka­n dedikasi universiti untuk mewujudkan persekitar­an yang menyokong kejayaan pelajar dan masyarakat.

Swinburne Sarawak telah dianugerah­kan status akreditasi kendiri pada 29 April 2010.

Status akreditasi kendiri melayakkan penyedia pendidikan tinggi (HEP) untuk mengakredi­tasi kursusnya kecuali kursus yang memerlukan akreditasi dan pengiktira­fan badan profesiona­l berkaitan.

Ditubuhkan pada 2000, Swinburne Sarawak mempunyai populasi pelajar seramai 3,500 orang di mana 18 peratus daripada pelajar antarabang­sanya berasal dari 45 negara.

Kampus Kuching menawarkan kursus di peringkat asas, diploma, sarjana muda dan pasca siswazah.

Untuk maklumat lanjut mengenai Swinburne Sarawak, layari laman webnya (www.swinburne. edu.my), laman Facebook (@swinburnes­arawak), Instagram (@swinburnes­arawak), Twitter (@ Swinburne_Swk) atau saluran YouTube (Swinburne Sarawak).

 ?? ?? PENERANGAN: Dr Mohammad berkongsi inisiatif terkini MQA.
PENERANGAN: Dr Mohammad berkongsi inisiatif terkini MQA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia