Utusan Borneo (Sarawak)

Cubaan seludup masuk rokok tanpa cukai dipintas

Rokok bernilai RM968,000 dirampas hasil pemeriksaa­n polis ke atas sebuah lori di Miri pagi semalam

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

MIRI: Sebanyak 358,000 batang rokok pelbagai jenis dianggarka­n bernilai RM968,000 disyaki tidak bercukai dirampas hasil pemeriksaa­n polis ke atas sebuah lori di tepi Jalan Cahaya, Lopeng di sini, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, pemeriksaa­n dijalankan seorang pegawai dan empat anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Lima Miri kira-kira jam 5.50 pagi.

“Semasa menjalanka­n Ops

Kontraban, pasukan telah menahan dan memeriksa sebuah lori dan mendapati lori tersebut membawa rokok dipercayai tidak bercukai yang disimpan di bahagian belakang.

“Setelah disoal siasat, pemandu gagal mengemukak­an sebarang dokumen yang sah daripada pihak kastam,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Alexson berkata, rokok tersebut disyaki dibawa tanpa cukai kastam dan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967.

“Polis kemudianny­a merampas 88 kotak rokok yang mengandung­i 4,400 karton serta di dalamnya

Semasa menjalanka­n Ops Kontraban, pasukan telah menahan dan memeriksa sebuah lori dan mendapati lori tersebut membawa rokok dipercayai tidak bercukai yang disimpan di bahagian belakang.

terdapat sejumlah 358,000 batang rokok pelbagai jenis.

“Turut dirampas adalah sebuah lori dianggarka­n bernilai RM30,000 dan jumlah keseluruha­n rampasan termasuk rokok adalah RM998,000,” ujarnya.

Beliau berkata, semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutny­a.

 ?? ?? BARANG KES: Polis merampas pelbagai jenis rokok disyaki dibawa tanpa cukai kastam di belakang sebuah lori di tepi Jalan Cahaya, Lopeng, Miri awal semalam.
BARANG KES: Polis merampas pelbagai jenis rokok disyaki dibawa tanpa cukai kastam di belakang sebuah lori di tepi Jalan Cahaya, Lopeng, Miri awal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia