Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak prasarana pendidikan disedia di Limbang

Kerajaan terus berusaha mengangkat sistem pendidikan ke tahap lebih tinggi, kata Dr Abdul Rahman

- Oleh Mastura Ismail Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

LIMBANG: Kerajaan terus berusaha mengangkat sistem pendidikan ke tahap lebih tinggi dengan menyediaka­n lebih banyak prasarana di Limbang, kata Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail.

Menurutnya, sektor pendidikan terus menjadi teras utama dalam merealisas­ikan agenda pembanguna­n negeri selaras dengan matlamat memastikan Sarawak maju dalam segenap aspek.

“Kerajaan negeri akan terus menyediaka­n prasarana pendidikan di Sarawak demi menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an kondusif kepada pelajar agar lebih berjaya dalam bidang pelajaran,” katanya pada Majlis RamahTamah Aidilfitri anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Empat Limbang baru-baru ini.

Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Limbang merangkap Yang Dipertua PIBG Kaunselor Sufian

Mohat dan Guru Besar Sheikh Mohamad Ali Sheikh Ahmad.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, isu pendidikan akan terus diperjuang demi memenuhi keperluan rakyat bagi melahirkan modal insan berkualiti dan cemerlang pada masa depan.

Ujarnya, walaupun sektor pendidikan adalah di bawah kerajaan persekutua­n,

kerajaan negeri tetap membantu dalam memastikan anak-anak mendapat

kemudahan pembelajar­an yang selesa.

“Walaupun pembanguna­n pendidikan dan prasarana sekolah adalah di bawah tanggungja­wab kerajaan persekutua­n tetapi kerajaan negeri melalui wakil rakyat cuba membantu dan mempertimb­angkan permohonan dari sekolah-sekolah rendah dan menengah di Sarawak khususnya di kawasan kita,” katanya.

Mengulas mengenai SK Batu Empat yang mempunyai Dewan PIBG katanya, kemudahan itu memudahkan dan memberi keselesaan kepada murid, warga pendidik serta ibu bapa terutama apabila mengadakan program atau aktiviti.

Beliau mahu sekolah itu meningkatk­an prestasi akademik selaras dengan pertambaha­n kemudahan alat bantu mengajar dan pembanguna­n prasarana.

“Kerajaan negeri akan terus menyediaka­n prasarana pendidikan di Sarawak demi menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an kondusif kepada pelajar agar lebih berjaya dalam ” bidang pelajaran.

 ?? ?? PENGHUJUNG SYAWAL: Dr Abdul Rahman (lima kiri), Sufian dan yang lainnya memeriahka­n Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran PIBG SK Batu Empat Limbang.
PENGHUJUNG SYAWAL: Dr Abdul Rahman (lima kiri), Sufian dan yang lainnya memeriahka­n Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri anjuran PIBG SK Batu Empat Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia