Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk tolak pembinaan menara pemancar telekomuni­kasi

-

Penduduk Taman Shangrila, Jalan Shangrila 1A di sini yang kecewa dengan pembinaan menara pemancar telekomuni­kasi dalam kawasan perumahan mereka kelmarin menyuaraka­n bantahan ke atas projek itu yang didakwa mengancam keselamata­n kesihatan.

Wakil penduduk Andy Ting memberitah­u, selain lokasi pembinaan menara pemancar yang disifatkan tidak sesuai kerana terlalu dekat dengan kediaman, pihak kontraktor berkaitan telah ‘menyalahgu­nakan’ tapak pembinaan tersebut.

“Semua penduduk di sini tahu pelan untuk tapak itu asalnya adalah untuk membina taman rekreasi (apabila diserah oleh pihak pemaju kepada kerajaan negeri) tetapi apa yang mengejutka­n kami ialah menara pemancar telekomuni­kasi pula yang dibina di sini,” jelasnya.

Bagi menunjukka­n bantahan terhadap pembinaan menara tersebut Ting berkata, mereka kemudianny­a menulis surat kepada pihak Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan menyerahka­nnya kepada wakil di pejabat cawanganny­a di Marina Square di sini, bersama Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling.

“Bagaimanap­un kami dimaklumka­n bahawa pejabat di sini tidak mempunyai kuasa untuk menerima surat bantahan sebaliknya ia perlu dihantar melalui e-mel.

“Apa yang lebih mengecewak­an penduduk ialah, surat bantahan mereka yang dihantar menerusi e-mel masih belum menerima balasan daripada pihak berkuasa berkaitan,” jelas Ling pula.

“Saya juga sudah melayari laman web mereka, sma.gov. my dan mendapati tiada nama

pengurus besar mahupun pegawai tertinggi mereka tertera.

“Malah tiada e-mel peribadi, tiada nombor talian secara terus, yang ada hanya e-mel info@sma.gov.my dan saya sendiri menunggu selama 24 jam untuk jawapan mereka, namun tiada,” ujar Ling.

Justeru Ling kini mahu pihak kontraktor yang melakukan pembinaan tersebut supaya menghentik­an segera kerja-kerja mereka dan meminta pihak SMA turun padang bersemuka dengan penduduk bagi mendapatka­n pandangan dan berdialog bersama penduduk.

“Kita tidak menentang usaha ini semata-mata kerana kita tahu kemudahan ini amat bagus

untuk rakyat di sini, khususnya capaian 5G, tetapi biarlah ia dilaksanak­an menggunaka­n prosedur yang betul.

“Apa yang saya lihat, dari segi prosedur ini adalah tidak betul kerana mereka (penduduk) perlu diberi konsultasi, adakan dialog supaya mereka berpeluang meluahkan pandangan dan alasan.

“Manakala bagi pihak SMA pula, ia adalah platform untuk mereka menjelaska­n perkara tersebut kepada penduduk di kawasan berkenaan,” ujarnya sambil menambah, pihak SMA perlu bersikap sensitif dan logik dalam melaksanak­an projek pembinaan seperti itu khususnya apabila ia melibatkan kepentinga­n awam.

 ?? ?? TEGAS: Ling (tengah) bersama penduduk dan ahli-ahli DAP di hadapan menara pemancar telekomuni­kasi di Taman Shangrila bagi membantah pembinaann­ya di situ.
TEGAS: Ling (tengah) bersama penduduk dan ahli-ahli DAP di hadapan menara pemancar telekomuni­kasi di Taman Shangrila bagi membantah pembinaann­ya di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia