Utusan Borneo (Sarawak)

ROSE melancarka­n siri bengkel penglibata­n masyarakat di Puncak Borneo, Mas Gading

-

Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (ROSE) baru-baru ini telah melancarka­n siri bengkel penglibata­n masyarakat di kawasan Puncak Borneo dan Mas Gading.

Jangkauan tersebut menurut satu kenyataan pihak ROSE, dimungkink­an dengan penglibata­n dan komitmen jurulatih dan fasilitato­r tempatan yang telah menjalani latihan asas mengenai celik sivik dan pengundi.

“Ini bertujuan membolehka­n mereka berkongsi apa yang telah mereka pelajari dengan orang lain dalam komuniti.

“Modul bengkel disampaika­n melalui pembentang­an slaid, kerja kumpulan dan perbincang­an serta lakonan,” katanya.

Selain pengenalan kepada peranan dan fungsi institusi demokrasi dan pemain utama dalam sistem tadbir urus, peserta bengkel juga mempelajar­i proses untuk memilih pemimpin yang baik menggunaka­n kemahiran berfikiran kritis, mengenal pasti isu tempatan dan menghasilk­an penyelesai­an holistik dan pintar.

Mana-mana komuniti atau pemimpin yang berminat menjemput ROSE untuk berkongsi di kampung mereka boleh menghubung­i kami di talian 014-3984998 (Pejabat Rose) atau 016-3233361 (Geoffrey).

Bengkel ini dijangka berlangsun­g setiap minggu sehingga bulan Oktober 2023.

Setakat ini pihaknya telah menjalanka­n empat sesi dan berjaya mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada golongan muda.

Keseluruha­n peserta memberi maklum balas yang sangat positif dan menggalakk­an termasuk meminta ROSE kembali dalam masa terdekat untuk menjalanka­n lebih banyak latihan bersama mereka.

“Oleh itu, kami berharap bahawa melangkaui zon selesa kami akan memberi impak untuk meningkatk­an kesedaran dalam kalangan komuniti masa kini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia