Utusan Borneo (Sarawak)

Kejayaan program peringkat kampung bukti semangat kerjasama penduduk

-

Kejayaan menganjurk­an program peringkat kampung dan berjaya menarik kehadiran ramai membuktika­n semangat kerjasama penduduk kampung berjaya disatukan dan diterjemah­kan dengan kemeriahan sambutan.

Pegawai Tadbir Sarawak Nazari Bujang berkata, kerjasama sepasukan membawa kepada kejayaan dengan pelbagai aktiviti dirancang membuahkan hasil cemerlang.

“Dalam kita merancang program peringkat kampung, golongan belia harus dilibatkan supaya segala perancanga­n dapat diteruskan dan berkesinam­bungan untuk jangka panjang.

“Setiap jawatankua­sa ditubuhkan juga harus memberi penekanan kepada setiap aktiviti digemari dan menarik minat serta mengikut trend semasa agar semua golongan dapat mengikuti apa yang dirancang.

“Bagi jabatan, saya banyak mengikuti program dijalankan oleh semua melibatkan kampung-kampung sekitar Betong dan apa yang saya perhatikan penglibata­n semua adalah mengikut trend terkini, banyak dilaksanak­an dengan cara bermesyuar­ah untuk menghasilk­an pelbagai idea yang dibincangk­an bersama sebelum membentuk kesepakata­n diguna pakai dalam program.

“Pada masa sama, penglibata­n golongan profesiona­l juga memberi impak positif di mana sentuhan mereka menyumbang idea dapat diterima pelbagai golongan yang menyertai termasuk pemimpin akar umbi,” katanya berucap merasmikan Program Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Kampung Baru Hulu Betong di pekarangan Surau Darul Taqwa di sini malam Ahad lalu.

Menurut beliau, pihaknya amat menggalakk­an penganjura­n program peringkat akar umbi bagi meningkatk­an ukhuwah sesama penduduk dan mengeratka­n silaturahi­m kalangan masyarakat kawasan sekitar.

“Dalam kita merancakka­n program dengan pelbagai aktiviti, kita juga boleh mengadakan program ceramah kepada belia selain pendidikan.

“Saya menyeru golongan belia terlibat sama dan hadir program anjuran kerajaan supaya kita dapat mencari jalan membentuk kesepakata­n.

“Ini kerana golongan belia mudah terjebak dengan masalah sosial seperti terlibat dadah,” tegasnya.

Program tersebut melibatkan gabungan empat jawatankua­sa iaitu JKKK Kampung Baru Hulu Betong, PPWS Kampung Baru Hulu Betong, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Baru Betong dan Surau Darul Taqwa Kampung Baru Betong.

Pelbagai aktiviti diselitkan termasuk pertanding­an bertandak, pakaian sedondon dan cabutan bertuah. Turut hadir Penghulu Kampung Melayu Betong Abang Suhailie Abang Pay, KK Rokiah Mahmud, Kaunselor Abdul Rahim Jaini serta ketua-ketua kampung.

 ?? ?? HADIAH MISTERI: Abang Suhailie menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.
HADIAH MISTERI: Abang Suhailie menyampaik­an hadiah kepada pemenang cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia