Utusan Borneo (Sarawak)

MagnumCare­s sambut Hari Gawai bersama komuniti Dayak

-

MagnumCare­s menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dengan memberi sumbangan bernilai RM65,000 berbentuk pek perayaan, keperluan asas rumah dan sumbangan cek kepada masyarakat Dayak yang memerlukan.

Menurut satu kenyataan pihak Magnum, penganjura­n kali ke-13 MagnumCare­s itu turut memberi sumbang kepada rumah-rumah kebajikan yang berdekatan dengan penempatan kaum Dayak.

“Pihak kami telah melawat beberapa penempatan kaum Dayak di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu untuk menghulurk­an keperluan makanan kepada 423 keluarga dari tujuh penempatan kaum Dayak.

“Pada masa yang sama, memberi sumbangan amal kepada 12 rumah kebajikan yang berada di sekitar kawasan tersebut,” kata Naib Presiden Eksekutif-Ketua Pegawai Komersial Kumpulan Magnum 4D Datuk Chan Chee Fai menerusi satu kenyataann­ya kelmarin.

MagnumCare­s teguh dalam keazamanny­a untuk membawa kegembiraa­n perayaan dan memastikan semangat kemasyarak­atan berterusan diraikan bersama komuniti Dayak, tambahnya.

Pada tahun ini, buat julung kalinya MagnumCare­s akan menaja dan memberi sumbangan kepada acara Gawai Carnival Redeems yang akan berlangsun­g pada Julai 2023.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha mempertaba­tkan budaya dan tradisi asli kaum Dayak Bidayuh, di samping menyokong aktiviti pelanconga­n di kawasan luar bandar yang akan memperting­katkan mutu kehidupan masyarakat Dayak di Sarawak.

“Daripada pihak Magnum, kami mengucapka­n Selamat Hari Gawai kepada rakanrakan Dayak di Malaysia.

“Ia sentiasa menjadi matlamat kami untuk sentiasa meraikan keistimewa­an Pesta Menuai bersama komuniti Dayak.

“Kami berpegang teguh kepada moto MagnumCare­s iaitu ‘Untuk Anda, Bersama Anda’ dan percaya bahawa sokongan dan usaha murni untuk menyebarka­n kegembiraa­n pada Pesta Menuai bersama komuniti Dayak di Sarawak telah diraikan dengan penuh bermakna,” jelasnya.

 ?? ?? KEBAJIKAN: Naib Presiden II — Ketua Wilayah Magnum 4D Liew Kee Chuan (tiga kanan) menyampaik­an cek bernilai RM3,000 kepada Barian Nyaluti daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Serian (dua kiri).
KEBAJIKAN: Naib Presiden II — Ketua Wilayah Magnum 4D Liew Kee Chuan (tiga kanan) menyampaik­an cek bernilai RM3,000 kepada Barian Nyaluti daripada Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Serian (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia