Utusan Borneo (Sarawak)

Maklumkan lokasi tukun demi keselamata­n nelayan

Bantu dari segi keselamata­n nelayan yang menggunaka­n pukat tunda, pukat hanyut

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Persatuan Kapal Nelayan Sarawak (SFVA) meminta pihak berkuasa berkaitan memaklumka­n lokasi sebenar mereka menempatka­n tukun tiruan di perairan Sarawak.

Pengerusin­ya Harry Tan Joo Seng berkata, apabila lokasi dan kedudukan tukun tiruan itu diketahui, akan membantu dari segi keselamata­n nelayan-nelayan yang menggunaka­n pukat tunda dan pukat hanyut untuk menangkap ikan.

Begitupun katanya, pihak SFVA berterima kasih kepada pihak Jabatan Perikanan Laut Sarawak menempatka­n tukun tiruan di perairan negeri ini yang sekali gus membantu meningkat pembiakan populasi ikan.

“Agensi berkaitan perlu memberitah­u kedudukan mereka menempatka­n tukun tiruan supaya tidak timbul isu keselamata­n pada masa akan datang,” katanya di sini, semalam semasa mengulas mengenai penempatan 16 tukun tiruan penghalang bot pukat tunda yang dilabuhkan bagi menjaga kelestaria­n hidupan marin di kawasan perairan Balingian.

Katanya, pukat hanyut

sekiranya bertembung dengan tukun menyebabka­n pukat bergulung-gulung pada tukun tersebut dan menyebabka­n ikan menjauhi kawasan itu.

Beliau berkata, kerjasama dengan nelayan komersial dan tradisiona­l untuk memaklumka­n lokasi penempatan tukun untuk keselamata­n semua dan menjana ekonomi lebih baik untuk para nelayan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak Liza Long dalam laporan akhbar ini menyatakan, sejak 1984 sebanyak 13,045 unit tukun tiruan telah dilabuhkan.

“Sebanyak tujuh jenis tukun tiruan telah dilabuhkan di sepanjang perairan di kawasan Mukah sejak 1984 hingga 2022,” katanya ketika Majlis Perasmian Projek Tukun Tiruan Jenis Penghalang Pukat Tunda di Dewan Masyarakat Kuala Balingian pada Isnin.

Antara jenis-jenis tukun tiruan yang telah dilabuhkan adalah 12,528 tukun tiruan tayar, 11 tukun tiruan vesel, 300 tukun bebola, 30 tukun kuboid, 40 tukun rekreasi, 32 tukun rekreasi karang dan 54 tukun penghalang pukat tunda.

Menurut Liza, 16 tukun tiruan penghalang pukat tunda yang bakal dilabuhkan di Balingian bersaiz agak besar, setiap satu seberat 32 tan dan sebesar rumah banglo dengan kos projek RM400,000.

Ia bertujuan sebagai serampang dua mata bagi pembiakan ikan dan hidupan marin serta menghalang aktiviti pukat tunda yang merosakkan habitat hidupan marin.

Katanya, tujuh lagi projek yang akan dilaksanak­an sepanjang tahun ini adalah di kawasan perairan Santubong, Sampadi, Matu, Kuala Matu, Igan, Belawai dan Kuala Tatau.

Agensi berkaitan perlu memberitah­u kedudukan mereka menempatka­n tukun tiruan supaya tidak timbul isu keselamata­n pada masa akan datang.

Harry Tan Joo Seng Pengerusi Persatuan Kapal Nelayan Sarawak

 ?? ?? TAN
TAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia