Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka anjur Sambutan Minggu Perpaduan 2023 pada Sabtu dan Ahad ini

-

Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2023 akan diadakan di Dataran Orang Kampung di Merlimau, Jasin pada Jumaat dan Sabtu ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata 17 aktiviti utama akan dilaksanak­an sepanjang program dua hari itu antaranya Jualan Rahmah, Sarapan Rahmah, Senaman Keluarga MADANI, Dialog Perpaduan: Membangun Malaysia MADANI, Eksplorasi Rukun Negara dan Larian Malam Perpaduan.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan peringkat umur ke sambutan itu yang bertemakan ‘Perpaduan dalam Kepelbagai­an’.

“Program atau aktiviti yang telah dirangka akan bermula seawal 7 pagi dan saya berharap penduduk di negeri ini khususnya di Merlimau dapat datang beramai-ramai ke Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2023.

“Sambutan kali ini diad

akan di kawasan luar bandar bertujuan mempromosi­kan konsep perpaduan dalam kepelbagai­an yang diharap dapat memperkuku­h semangat perpaduan dalam kalangan penduduk luar bandar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Intan Suhana Yusuff.

Menurut Ngwe, setakat ini JPNIN telah menerima kira-kira 500 penyertaan

bagi program Larian Malam Perpaduan sejauh 3 kilometer (km) yang akan berlangsun­g pada Sabtu bermula jam 8.30 malam.

Sambutan Minggu Perpaduan diadakan setiap tahun iaitu pada Mei yang bertujuan menyemarak­kan semangat perpaduan serta menyebar luas pengetahua­n, kefahaman dan penghayata­n terhadap kepelbagai­an adat serta budaya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Ngwe (kiri) dan Intan pada sidang media mengenai Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Melaka, semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Ngwe (kiri) dan Intan pada sidang media mengenai Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Melaka 2023 di Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia