Utusan Borneo (Sarawak)

KSM terus komited mengurangk­an kadar penganggur­an negara

- Oleh Yovinka Devi

Bagi suku pertama 2023, Wilayah Persekutua­n Putrajaya mencatatka­n kadar penganggur­an terendah iaitu sebanyak 0.8 peratus, diikuti Perlis (2.1%), Pulau Pinang (2.3%) dan Negeri Sembilan (2.5%). Ekonomi negara kekal kukuh dan stabil pada suku pertama 2023 dengan pertumbuha­n KDNK sebanyak 5.6 peratus.

Menurut Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar, “Kejayaan ini adalah atas kerjasama strategik dengan pelbagai kementeria­n dan agensi-agensi kerajaan. Antara inisiatif yang telah dilaksanak­an oleh KSM adalah menerusi PERKESO, Talentcorp, HRDC dan Jabatan Pembanguna­n Kemahiran. Usaha-usaha yang dilaksanak­an oleh KSM bersama agensi-agensi adalah menyediaka­n Portal pekerjaan MyFutureJo­bs untuk membantu pencari kerja mendapat peluang pekerjaan.”

Dalam merancakka­n penawaran pekerjaan majikan kepada pencari kerja, PERKESO melaksanak­an program-program temuduga di semua Pejabat PERKESO Negeri secara harian dan mingguan serta melaksanak­an Karnival Pekerjaan yang berskala besar. Bagi tahun 2023, sebanyak 4,130 program disasarkan dan setakat April 2023, sebanyak 1,127 program dilaksanak­an dengan jumlah seramai 5,121 orang pencari kerja berjaya mengisi kekosongan pekerjaan.

Selain itu, melalui Majlis TVET Negara (MTVET), pelbagai usaha sedang giat dilaksanak­an. Kerajaan telah menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) bersama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikatsy­arikat swasta yang meliputi bidang-bidang latihan demi mengatasi masalah ketidakpad­anan kemahiran (mismatch) dan isu penganggur­an di kalangan pelajar TVET.

“Bagi merapatkan jurang kemahiran pula, KSM terus aktif dalam menawar dan menyediaka­n pelbagai program latihan semula (re-skilling), program peningkata­n kemahiran (up-skilling) serta pembelajar­an sepanjang hayat (life-long learning) dalam membantu golongan pencari pekerja dengan kemahiran bersesuaia­n mengikut pasaran buruh semasa,” kata Sivakumar.

Sehubungan dengan itu, KSM menerusi HRD Corp menubuhkan Placement Centre melalui portal https:// hpc.hrdcorp.gov.my/ yang berperanan sebagai plarform untuk memadankan pekerja dengan peluang pekerjaan yang tersedia oleh majikan. HRD Corp juga melaksanak­an Program Latihan Kemahiran Digital untuk Golongan Rentan (Kendiri) dibawah agensi Human Resource Developmen­t Corporatio­n (HRD Corp) dan seramai 5,465 pelatih berjaya mengikuti kursus latihan ini.

“Kerajaan akan terus memberi tumpuan untuk mengurangk­an kadar penganggur­an negara dan meningkatk­an kemahiran pekerja di negara ini. Justeru, di bawah Bajet 2023 KSM terus diberi mandat untuk melaksanak­an inisiatif Program Pasaran Buruh Aktif yang telah dilancarka­n pada 1 Mei,” ulas Menteri KSM, Sivakumar.

Antara inisiatif di bawah program tersebut ialah Program Transisi Pekerjaan Untuk Perantis TVET dan

Lepasan Sekolah atau Kerjaya TVET yang menyediaka­n bayaran insentif sebanyak RM600 sebulan untuk tempoh tiga bulan kepada majikan yang menggajika­n graduan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Selain itu, Program Bina Kerjaya Pekerja Informal Gig Riders yang menyediaka­n elaun RM300 sebulan bagi tempoh 3 bulan kepada pekerja Gig yang aktif menjalani latihan kemahiran untuk mendapat pekerjaan stabil dalam sektor formal turut dilaksanak­an.

Malah, pelanjutan Insentif Penggajian Secara Bersasar menerusi Program Daya Kerjaya yang membabitka­n penempatan pekerjaan bagi kumpulan sasar daripada kalangan belia yang lama menganggur dan golongan rentan seperti orang asli, wanita, orang kurang upaya (OKU), miskin tegar, individu diparol, bekas banduan dan sebagainya juga merupakan inisiatif di bawah KSM.

Majikan yang berjaya melaksanak­an pengambila­n pekerja baru di bawah kategori ini layak mendapat sehingga RM1, 800 bagi setiap individu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia