Utusan Borneo (Sarawak)

RM11.2 bilion WTD sehingga 30 April lepas

Kira-kira 70%s daripada jumlah itu, adalah wang dalam akaun bank tidak aktif dalam tujuh tahun

- Datuk Seri Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam dimaklumka­n, setakat 30 April lepas, terdapat sebanyak RM11.2 bilion jumlah Wang Tidak Dituntut (WTD) yang sedang diuruskan Jabatan Akauntan Negara.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kira-kira 70 peratus daripada jumlah WTD itu, adalah wang di dalam akaun bank yang tidak aktif dalam tempoh tujuh tahun atau lebih.

“Setakat semalam (kelmarin), kita telah mengembali­kan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan,” katanya pada sesi soal jawab.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan yang dikemukaka­n oleh Fong Kui Lun (PHBukit Bintang) yang ingin tahu jumlah WTD yang tersimpan setakat 31 Mac lepas dan bentuk cadangan bagi memanfaatk­an wang tersebut yang terbiar lama untuk pembanguna­n negara.

Menurutnya daripada jumlah WTD itu, kerajaan telah menyimpan sebanyak RM10 bilion dalam simpanan tetap dan hasilnya kerajaan telah memperoleh hasil RM250 juta setahun sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata RM250 juta kemudian telah dikembalik­an semula dalam wang disatukan dan digunakan untuk pembanguna­n dan bantuan rakyat.

Ahmad berkata WTD juga didefinisi­kan sebagai wang yang tidak dibayar kepada empunya seperti gaji, bonus dan dividen dalam tempoh setahun atau lebih serta wang dalam akaun perdaganga­n antara pembekal dan syarikat yang mempunyai lebihan dalam tempoh dua tahun atau lebih.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Fong supaya WTD turut digunakan sebagai biasiswa pendidikan kepada rakyat, Ahmad berkata kerajaan bersedia untuk mempertimb­angkannya, namun tumpuan ketika ini diberikan untuk mengembali­kan semula wang itu kepada rakyat.

Beliau berkata rakyat yang mahu membuat tuntutan WTD tidak perlu menggunaka­n ejen, malah tiada bayaran yang dikenakan dan mereka yang ingin berbuat demikian boleh merujuk portal Jabatan Akauntan Negara iaitu www.janm.gov,my atau https://egumis.anm.gov. my. — Bernama

“Setakat semalam (kelmarin), kita telah mengembali­kan sebanyak RM3.3 bilion kepada rakyat yang membuat tuntutan

 ?? — Gambar Bernama ?? SOAL JAWAB: Ahmad Maslan ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SOAL JAWAB: Ahmad Maslan ketika sesi soal jawab pada Persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia