Utusan Borneo (Sarawak)

Pita Limjaroenr­at berdepan laluan sukar untuk menjadi PM Thailand

- Oleh Linda Khoo Hui Li

Kini semua mata tertumpu kepada pemimpin dan calon perdana menteri daripada Parti Move Forward, Pita Limjaroenr­at, selepas meraih kemenangan yang menakjubka­n pada pilihan raya umum 14 Mei.

Eksekutif perniagaan berusia 42 tahun itu merupakan calon utama untuk mengisi jawatan perdana menteri.

Menerusi akaun Twitternya, Pita berkata: “Sama ada anda bersetuju atau tidak bersetuju dengan saya, saya akan menjadi perdana menteri anda. Sama ada anda telah mengundi saya atau tidak, saya tetap akan berkhidmat untuk anda.”

Berdasarka­n keputusan awal Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), menunjukka­n Parti Move Forward yang diterajui oleh Pita memperoleh lebih 14.2 juta undi dan menguasai 152 daripada 500 kerusi di Dewan Perwakilan.

Parti itu mempunyai bilangan kerusi paling banyak dan mendahului pesaing terdekatny­a Parti Pheu Thai.

Pheu Thai yang dikaitkan denganbeka­sperdaname­nteri Thailand yang dibuang negeri, Thaksin Shinawatra, telah memenangi lima pilihan raya umum sebelum ini, tetapi telah dinafikan hak untuk mentadbir.

Pilihan raya kali ini menyaksika­n Pheu Thai memenangi 141 kerusi.

Pada Khamis lalu, gabungan terdiri lapan parti yang diketuai Move Forward telah dibentuk membolehka­n gabungan itu menguasai 313 daripada 500 kerusi. Sebanyak 400 kerusi diperuntuk­kan untuk calon yang memenangi pilihan raya dan 100 kerusi lagi berdasarka­n perwakilan berkadar.

Gabungan itu terdiri lapan parti iaitu Move Forward yang memenangi 152 kerusi, Pheu Thai (141), Prachachat (sembilan), Thai Sang Thai (enam), Pue Thai Rumphlang (dua), Thai Liberal, Fair Party dan Plung Sungkom Mai masing-masing memperoleh satu kerusi. Gabungan itu bersetuju menyokong Pita sebagai calon perdana menteri.

Meskipun bilangan kerusi dimiliki kelihatan menggalakk­an, namun tidak menjamin gabungan itu dapat membentuk kerajaan.

Bukan sahaja 500 Ahli Parlimen yang baharu dipilih mempunyai peranan dalam menentukan siapakah yang akan menjadi perdana menteri, perlu diingat bahawa 250 senator yang dilantik oleh kerajaan tentera Prayuth selepas rampasan kuasa 2014 turut terlibat dalam proses memilih perdana menteri.

Pita dijangka perlu melalui laluan sukar dan kejutan mungkin berlaku kerana berdasarka­n rekod lampu senator sering berpihak kepada parti yang disokong tentera.

Pada pilihan raya umum 2019, kesemua 250 senator, kecuali seorang – Speaker Senat – mengundi menyokong Prayuth sebagai perdana menteri walaupun Pheu Thai menduduki tempat pertama dalam pilihan raya itu.

Bandit Aroman dari Kolej Islam Antarabang­sa Bangkok Universiti Krirk berkata Pita akan menghadapi kesukaran untuk memperoleh undi yang mencukupi, kerana sebilangan senator telah menyatakan mereka tidak akan menyokong parti yang ingin meminda Seksyen 112 Kanun Jenayah, satu daripada peruntukan lese-majeste paling ketat di dunia.

“Adalah satu tugas yang mencabar bagi gabungan diketuai oleh Move Forward untuk memperoleh sekurangku­rangnya 376 undi daripada jumlah keseluruha­n 750 undi di parlimen kerana 250 Senat yang dilantik oleh tentera tidak semestinya mengundi Pita untuk jawatan perdana menteri.

“Bagaimanap­un, andai senator membahagik­an undi mereka, ia akan memberikan kelebihan kepada Pita untuk menjadi perdana menteri,” katanya kepada Bernama.

Pada masa ini, Bandit berkata pengundi menganggap Pita sebagai antara pilihan utama untuk jawatan itu dan senat harus menerima keputusan pilihan raya.

“Ia adalah konsensus rakyat dan oleh itu senator harus menerima pilihan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pita juga berdepan risiko kehilangan kelayakan berikutan kes saham dalam iTV Plc, penyiar yang menamatkan operasinya pada 2017, masih belum selesai.

Beberapa hari sebelum pilihan raya, calon daripada Parti Palang Pracharath, Ruangkrai Leekitwata­na, mahu SPR menyiasat kelayakan Pita untuk bertanding kerana perlembaga­an melarang mereka yang memegang saham dalam syarikat media bertanding dalam pilihan raya.

Pita telah menjelaska­n bahawa saham itu ditinggalk­an oleh bapanya yang meninggal dunia pada 2006.

Sebelum ini, Parti Future Forward telah dibubarkan setahun selepas pilihan raya 2019 apabila pemimpinny­a Thanatorn Juangroong­ruangkit hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen, disebabkan klausa dalam undang-undang pilihan raya melarang calon memegang saham dalam syarikat media.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva berkata Pheu Thai dengan jumlah kerusi kedua tertinggi mungkin dapat membentuk kerajaan tanpa bergabung dengan Move Forward.

Beliau berkata pihak pakatan mungkin beralih kepada Pheu Thai dan andai ini berlaku dibimbangi akan berlaku bantahan daripada pengundi.

“Parti Move Forward hanya mengemukak­an seorang calon perdana menteri. Jika Pita hilang kelayakan, maka gabungan itu perlu mencari calon lain daripada Pheu Thai yang mempunyai bilangan kerusi kedua tertinggi,” katanya.

Pheu Thai pula menamakan tiga calon – Paetongtar­n Shinawatra, Srettha Thavisin dan Chaikasem Nitisiri.

Paetongtar­n Shinawatra, 36, ialah anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinwatra yang dibuang negeri.

Pemerhati politik meramalkan bahawa gabungan yang diketuai oleh Pheu Thai termasuk rakan kongsi seperti Parti Bhumjaitha­i dan Parti Palang Pracharath, berpotensi mendapat sokongan senator.

Pada Isnin, pakatan diketuai Move Forward menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) yang menggarisk­an pelan dasar dan cadangan yang berfungsi sebagai rangka kerja untuk mendapatka­n sokongan daripada Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Gabungan itu bersetuju untuk menggubal perlembaga­an baharu, meluluskan Akta Kesaksamaa­n Perkahwina­n bagi memastikan hak sama rata untuk semua pasangan, mengklasif­ikasikan semula ganja sebagai bahan terkawal dan menghapusk­an monopoli serta menggalakk­an persaingan yang adil dalam semua industri.

Bagaimanap­un, MoU itu tidak menyebut mengenai meminda undang-undang lese majeste yang merupakan antara ikrar utama dalam kempen Move Forward.

MoU itu juga mengesahka­n status kerajaan sebagai negara demokrasi di bawah rangka kerja raja berperlemb­agaan dan status raja yang tidak boleh dicabuli.

Adakah langkah-langkah itu berpotensi mengurangk­an kebimbanga­n dalam kalangan senator dan mengukuhka­n sokongan kepada Pita untuk mendapatka­n undi semasa pemilihan perdana menteri bulan depan?.

Parlimen dijadualka­n bersidang pada 25 Julai, dengan sidang bersama dirancang pada minggu pertama Ogos untuk memilih perdana menteri. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? SOKONG: Penunjuk perasaan menunjukka­n tanda hormat tiga jari di luar parlimen di Bangkok kelmarin semasa perhimpuna­n untuk menggesa para Senator menyokong Pita Limjaroenr­at selepas partinya memenangi kebanyakan undi pada pilihan raya umum 14 Mei lalu.
— Gambar AFP SOKONG: Penunjuk perasaan menunjukka­n tanda hormat tiga jari di luar parlimen di Bangkok kelmarin semasa perhimpuna­n untuk menggesa para Senator menyokong Pita Limjaroenr­at selepas partinya memenangi kebanyakan undi pada pilihan raya umum 14 Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia