Utusan Borneo (Sarawak)

Puak pemisah di Cameroon culik 30 wanita

-

Puak pemisah di wilayah ketuanan Inggeris terpencil di Cameroon yang dibelenggu peperangan selama beberapa tahun antara kerajaan dan pemberonta­k telah menculik kira-kira 30 wanita yang memprotes terhadap keganasan, menurut pihak berkuasa kelmarin.

“Lebih 30 wanita telah diseksa dan diculik oleh pengganas yang lengkap bersenjata pada Sabtu di kampung Kedjom Keku di wilayah Barat Laut, di mana puak pemisah sering menculik orang awam, kebanyakan­nya untuk wang tebusan, kata pihak berkuasa tempatan.

Kerajaan biasanya menggunaka­n perkataan “pengganas” untuk merujuk kepada kumpulan bersenjata daripada puak minoriti berbahasa Inggeris di negara yang majoritiny­a berbahasa Perancis yang berjuang untuk membentuk sebuah tanah air merdeka, dikenali sebagai “Amba Boys”.

Kementeria­n Pentadbira­n Wilayah memberitah­u AFP “tidak ada berita mengenai orang tebusan” pada lewat kelmarin.

Pada hari sebelumnya, wanita warga emas telah menganjurk­an“perarakan aman untuk membantah aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pengganas, kata pihak berkuasa tempatan.

Mereka membantah cukai bulanan berjumlah 10,000 CFA francs (AS$17) bagi lelaki dan 5,000 bagi wanita yang dikenakan oleh pengganas, menurut NGO Centre for Human Rights and Democracy in Africa (CHRDA).

Pemberonta­k berkata cukai itu bagi membiayai “usaha perang untuk kemerdekaa­n”.

Sebuah video ditularkan di media sosial yang menunjukka­n wanita tersebut melutut di atas lantai dan kelihatan takut, tidak dapat dipastikan kesahihann­ya oleh AFP.

Namun CHRDA merujuk klip video itu dalam kenyataann­ya, menyatakan ia telah dipaparkan oleh “Amba Boys”.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia