Utusan Borneo (Sarawak)

10.3 juta penonton TikTok RTM dalam satu malam

-

KEJAYAAN platform TikTok RTM meraih 1.2 juta pengikut baru-baru ini walaupun berusia dua tahun sejak ditubuhkan pada Mac 2021 yang lalu membuktika­n RTM terus kekal relevan dengan pengisian konten digital sekaligus memenuhi citarasa pengikutny­a.

Sukan Olimpik Beijing 2020, Sukan Komanwel 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menjadi batu loncatan dalam peningkata­n pengikut yang mendadak di platform digital rasmi ini.

Baru-baru ini, RTM mengambil tindakan berani kerana menyiarkan acara Sukan SEA Kemboja 2023 di saluran Okey. Implikasin­ya ada segelintir melemparka­n kritikan RTM kurang mempromosi­kan acara tersebut. Ini kerana mereka tidak tahu RTM menyediaka­n pelbagai platform lain selain saluran Okey iaitu aplikasi RTMKlik dan TikTok Rasmi RTM.

Namun, bilangan pengikut TikTok RTM diluar dugaan dan telah berjaya meraih sekitar 420 ribu (415,696) pengikut baharu selepas tamat acara Sukan Sea Kemboja 2023.

Kerjasama strategik Unit Media Sosial RTM (UMS) di Bahagian Media Digital Interaktif dengan pihak TikTok Malaysia menjadi tunjang melebarkan sayap dalam menyebarlu­as kandungan acara sukan tersebut di TikTok.

Tindakan ini menjadi kayu pengukur generasi muda yang cakna bahawa RTM pernah menyiarkan acara Sukan Olimpik dan Sukan Komanwel serta menyediaka­n laman sesawang dengan lima saluran pilihan untuk menonton acara tersebut.

Kini, pelbagai inisiatif telah diambil untuk memastikan konten digital yang dimuat naik berkualiti dan memenuhi citarasa penonton.

Eksperimen demi eksperimen telah dilakukan untuk mengenalpa­sti kecenderun­gan penonton ke arah penerbitan konten digital menembusi FYP (For Your Page) TikTok sekaligus mengekalka­n kesetiaan penonton untuk mengikuti perkembang­an semasa akaun TikTok RTM.

TikTok RTM menawarkan pebagai konten digital merangkumi sedutan drama, telefilem dan program hiburan yang bersiaran di RTM.

Justeru, konten ini menjadi ‘teaser’ untuk menarik minat para penonton ke aplikasi RTMKlik dan sekaligus menyumbang kepada kenaikan rating di platform tersebut.

Pada 2023, TikTok RTM menyiarkan TikTok live sebelum acara disiarkan di kaca TV bermula dengan Piala Sumbangsih, Liga Super, Konsert Minggu Ini, Kanta 744 dan banyak lagi. Inisiatif tersebut diteruskan ketika berlangsun­gnya acara Sukan SEA Kemboja 2023.

Lonjakan pengikut TikTok RTM menerusi konten sedutan acara sukan, siaran langsung laporan harian dan acara bola sepak telah berjaya mencatat sejarah di RTM.

Sebanyak 10.3 juta penonton direkod di TikTok RTM ketika perlawanan akhir bola sepak, menyaksika­n pertembung­an antara Indonesia dan Thailand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia