Utusan Borneo (Sarawak)

7 Jun pengurusan kes rayuan Loh berhubung penukaran agama anak

-

Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Jun bagi pengurusan kes rayuan ibu tunggal Loh Siew Hong bagi mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam secara unilateral.

Peguam J. Gunamalar yang mewakili Loh ketika dihubungi Bernama, mengesahka­n tarikh pengurusan kes ditetapkan untuk mengemas kini rekod rayuan mahkamah.

Beliau berkata pasukan pembelaan Loh dalam usaha mendapatka­n alasan penghakima­n Mahkamah Tinggi bagi membolehka­n mereka menyediaka­n rekod rayuan dan mengemukak­annya kepada mahkamah supaya mahkamah boleh menetapkan tarikh pendengara­n awal untuk rayuan Loh.

“Kami sedang menye-gerakan proses rekod rayuan,” katanya.

Pengurusan kes bagi rayuan Loh didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Mariam Hasanah Othman secara dalam talian melalui e-Review.

Ibu berusia 36 tahun itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas yang menolak permohonan semakan kehakimann­ya untuk mencabar pengislama­n tiga anaknya oleh bekas suami wanita itu tanpa persetujua­n anaknya.

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam keputusann­ya berkata tiada bukti ketiga-tiga anak wanita itu berhenti menganut agama Islam apabila berada di bawah jagaan ibu mereka.

Beliau juga berkata tiada bukti ketiga-tiga anak wanita itu telah kembali ke agama Hindu.

Loh, memfailkan permohonan itu pada 25 Mac tahun lepas dan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri

Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis sebagai responden.

Ibu tunggal itu memohon pengisytih­aran bahawa tiga anaknya beragama Hindu dan bekas suaminya, M. Nagahswara­n, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk membenarka­n Pendaftar Mualaf Negeri Perlis mendaftark­an anak mereka sebagai mualaf tanpa persetujua­nnya.

Wanita itu juga memohon pengisytih­aran bahawa tiga anaknya itu, sebagai kanakkanak, tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memeluk agama Islam tanpa kebenarann­ya.

Beliau juga memohon perintah certiorari untuk membatalka­n pengisytih­aran pemelukan agama Islam, bertarikh 7 Julai 2020, yang dikeluarka­n oleh Pendaftar Mualaf Perlis atas nama tiga anaknya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia