Utusan Borneo (Sarawak)

Agong, Putera Mahkota Abu Dhabi berkenan melawat LIMA’23

-

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan berkenan berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA ’23).

Ketibaan Seri Paduka dan Putera Mahkota Abu Dhabi kira-kira jam 12 tengah hari, disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sebaik tiba di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled berkenan melawat Gading Marine Fast Inspector Craft G200 MKII dan reruai syarikat aeroangkas­a tempatan, Gading Group sambil mendengar penerangan berhubung operasi syarikat berkenaan.

Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled turut melawat beberapa lagi reruai syarikat seperti Sapura Secured Technologi­es, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan syarikat persenjata­an tentera dan teknologi berkaitan dari UAE, The Edge Group.

Al-Sultan Abdullah kemudianny­a bersama-sama Sheikh Khaled yang juga Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, menyaksika­n persembaha­n pertunjuka­n udara pelbagai negara, termasuk pasukan aerobatik daripada UAE, Al-Fursan.

Al-Fursan bermaksud ‘The Knights’, yang terbang dalam formasi tujuh pesawat jurulatih jet Aermacchi MB339A, ditubuhkan pada awal 2010 dan penampilan umum pertama pasukan adalah pada 20 Jan 2010.

Sheikh Khaled, yang dalam lawatan khas empat hari ke Malaysia sejak 21 Mei, turut menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara kelmarin dan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

UAE merupakan rakan dagangan kedua terbesar

Malaysia, destinasi eksport kedua terbesar dan destinasi import kedua terbesar dari rantau Asia Barat.

Lawatan khas Sheikh Khaled dijangka mengukuhka­n lagi hubungan baik yang terjalin sejak sekian lama antara Malaysia dan UAE yang dinaik taraf kepada Perkongsia­n Strategik pada 27 Sept 2022.

Acara dwitahunan LIMA kali ini yang bertemakan ‘Titik Perhubunga­n Perdaganga­n Maritim dan Aeroangkas­a Asia’ disertai lebih 525 peserta pameran, termasuk 140 syarikat daripada industri pertahanan, 101 syarikat sektor komersial dan 284 syarikat yang terlibat dalam keduadua sektor. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled berkenan berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC). Turut berangkat Tengku Hassanal.
— Gambar Bernama TINJAU: Sultan Abdullah dan Sheikh Khaled berkenan berangkat melawat Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2023 (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC). Turut berangkat Tengku Hassanal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia