Utusan Borneo (Sarawak)

PM harap LIMA ‘23 perkukuh Malaysia hab serantau industri aeroangkas­a

Ia selaras dengan usaha realisasi MAIB dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia

- Perdana Menteri

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam melahirkan harapan agar Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA ’23) akan mengukuhka­n Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkas­a dan maritim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dengan berbuat demikian akan membolehka­n negara bergerak lebih dekat ke arah merealisas­ikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkas­a Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.

“Saya ingin mengucapka­n tahniah dan terima kasih kepada kedua-dua menteri peneraju bersama LIMA ’23, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pengangkut­an

Anthony Loke, serta pasukan masing-masing yang memacu inisiatif ini.

“Saya juga mahu memuji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan pasukannya, khususnya Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kerana berjaya menerajui buat julung kalinya SpaceTech Nexus di LIMA tahun ini,” katanya dalam ucapan alu-aluan sempena LIMA ‘23, di sini

semalam.

Anwar berkata dengan adanya SpaceTech Nexus, menunjukka­n bahawa LIMA ‘23 adalah acara berfokuska­n masa depan dan bersedia memainkan peranan dalam pertumbuha­n teknologi angkasa yang dijangka mencapai nilai pasaran global US$10 trilion menjelang 2030.

Anwar juga berkata LIMA ‘23 telah mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai acara yang merangkumi sektor aeroangkas­a dan maritim dari aspek ketenteraa­n dan awam.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri turut memberi penghargaa­n atas sokongan daripada pelbagai rakan kongsi yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjura­n acara dwitahunan berprestij itu.

“Menakjubka­n dalam tahap sokongan dan pengiktira­fan yang diberi kepada Malaysia dan saya juga harus menggunaka­n kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih dan penghargaa­n kepada rakan-rakan kita dari negara-negara yang mengambil bahagian dalam majlis ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada rakan-rakan kita,” katanya.

LIMA ‘23 bertemakan ‘Titik Perhubunga­n Perdaganga­n Maritim dan Aeroangkas­a Asia’ bermula kelmarin hingga 27 Mei.

Edisi tahun ini melibatkan dua kementeria­n iaitu Kementeria­n Pertahanan (sektor pertahanan) dan Kementeria­n Pengangkut­an (sektor komersial).

Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan pada 2019 dan ditangguhk­an pada 2021 susulan pandemik COVID-19. — Bernama

Saya juga mahu memuji Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang dan pasukannya, khususnya Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) kerana berjaya menerajui buat julung kalinya SpaceTech Nexus di LIMA tahun ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim

 ?? — Gambar Bernama ?? CANGGIH: Anwar (kiri) mencuba aset ketenteraa­n yang dipamerkan ketika mengadakan walkabout sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’23) di Tarmac Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi semalam.
— Gambar Bernama CANGGIH: Anwar (kiri) mencuba aset ketenteraa­n yang dipamerkan ketika mengadakan walkabout sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA’23) di Tarmac Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia