Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, Amerika Syarikat perkukuh kerjasama keselamata­n: Saifuddin

-

Malaysia akan terus mengukuhka­n kerjasama keselamata­n dengan Amerika Syarikat dalam aspek keselamata­n maritim dan isu rentas sempadan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi catatan di Facebookny­a memaklumka­n perkara itu dizahirkan ketika pertemuan beliau dengan Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian D. McFeeters di Langkawi semalam sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang sedang berlangsun­g.

Beliau berkata perbincang­an itu adalah susulan kepada pertemuan antara mereka di Putrajaya pada 3 Mei lepas.

“Perbincang­an kali ini memberi fokus kepada aspek kerjasama keselamata­n yang turut meliputi isu-isu maritim, isu rentas sempadan dan sebagainya,” kata beliau.

Saifuddin berkata hubungan dua hala MalaysiaAm­erika Syarikat juga bakal mengorak langkah ke arah satu lagi memorandum persefaham­an yang akan ditandatan­gani tidak lama lagi selepas termeterai­nya Perkongsia­n Komprehens­if yang ditandatan­gani kedua-dua negara pada 2014.

Beliau berharap hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Pada 2014 Malaysia dan Amerika Syarikat sepakat untuk meningkatk­an hubungan dua hala kepada perkongsia­n komprehens­if yang menandakan fasa baharu dalam hubungan kedua-dua negara iaitu akan menyaksika­n lebih banyak kerjasama dalam bidang ekonomi, keselamata­n, pendidikan, sains, teknologi dan bidang-bidang lain.

Perkara ini dimeterai semasa lawatan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Malaysia pada April 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia