Utusan Borneo (Sarawak)

HAWANA 2023 mampu wujudkan situasi menang-menang antara media dan kerajaan

-

Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang bertemakan ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ dilihat mampu mewujudkan situasi menangmena­ng antara media dan kerajaan dalam konteks kebebasan media.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin berkata ini kerana media memerlukan sebuah kerajaan yang membenarka­n mereka menjalanka­n tanggungja­wab secara bebas manakala kerajaan pula memerlukan media dalam membantu pembanguna­n negara.

“Tema HAWANA 2023 kali ini jelas menggambar­kan bagaimana sesebuah negara demokrasi itu, di belakangny­a adalah satu media yang bebas. Di Malaysia, kebebasan media ini amat digalakkan.

“Jadi dalam usaha ini, kita mengharapk­an supaya pada masa jangka panjang akan ada kerjasama yang baik antara kedua-dua pihak (media dan kerajaan),” katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia terbitan RTM, semalam.

Selain itu, Roslan berkata situasi media di Malaysia berada pada kedudukan yang baik dan ini dapat dibuktikan apabila negara berada di tangga ke-73 IndeksKebe­basanMedia­Dunia 2023 dan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

“Kita berjaya memperbaik­i indeks kebebasan akhbar itu berbanding tahun lepas yang berada pada kedudukan 113 daripada 180 negara…itu yang dikatakan sebuah media yang bebas akan memberikan kelebihan kepada sesebuah negara,” katanya.

Sambutan HAWANA 2023 bakal diadakan di Ipoh, Perak dari 27 hingga 29 Mei ini dengan mengangkat tema ‘Media Bebas, Tunjang Demokrasi’ untuk memberi penekanan semula terhadap isu kebebasan media dalam menjalanka­n tugas mereka.

HAWANA 2023 akan diisi dengan pelbagai aktiviti seperti forum media melibatkan wartawanda­rinegaraAS­EAN,karnival mini, pertanding­an mencari harta karun dan boling.

Majlis Kemuncak HAWANA 2023 akan dirasmikan PerdanaMen­teriDatukS­eriAnwar Ibrahim pada 28 Mei.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939 bagi meraikan sumbangan pemain industri yang menjadi medium bagi membentuk minda masyarakat bermakluma­t dalam memupuk kerjasama dan memacu perubahan positif dalam industri. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia