Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan mengguna pakai dasar Ekonomi Biru: Mohamad

-

Kerajaan Malaysia berminat untuk menerima pakai dan melaksanak­an cadangan dasar Ekonomi Biru, yang dapat menjana pertumbuha­n ekonomi yang mampan, harus sejajar dengan mengekalka­n kesihatan lautan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dalam mencapai keseimbang­an antara pertumbuha­n ekonomi dan mengekalka­n kesihatan lautan, Ekonomi Biru menjamin perancanga­n yang betul, dan pengurusan ruang maritim.

“Isu-isu utama, seperti kawalan pencemaran, kesihatan ekosistem marin, dan perikanan mampan, harus sentiasa menjadi keutamaan dalam mencapai Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDG),” katanya dalam ucap utama pada pelancaran

Persidanga­n Maritim Langkawi, yang diadakan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi (LIMA ‘23), di sini semalam.

Beliau berkata disebabkan persekitar­an geopolitik maritim yang dinamik, cabaran yang dihadapi tidak terhad kepada ancaman tradisiona­l.

“Keselamata­n maritim kita, juga sangat tercabar, oleh ancaman bukan tradisiona­l, seperti pemerdagan­gan haram barangan dan manusia; penangkapa­n ikan haram, tidak terkawal dan tidak dilaporkan, (IUU fishing); cetak rompak, keganasan; ancaman kepada ekosistem marin, seperti perubahan iklim; serta perkapalan dan pencemaran berasaskan darat.”

“Oleh itu, kita perlu melihat semula pendekatan kita dalam menguruska­n perairan kita dan sumber marin. Selama bertahun-tahun menjadi sebuah negara yang matang, Malaysia telah meluluskan sekurangku­rangnya 15 akta dan peraturan untuk menguruska­n ruang maritim kita. Penguatkua­saan undang-undang diamanahka­n kepada lebih 10 kementeria­n, dan 31 agensi berkaitan maritim. Senario ini, pasti terdapat pertindiha­n bidang kuasa, yang akhirnya akan membawa kepada penggunaan sumber yang tidak cekap,” katanya.

Mohamad berkata persidanga­n maritim itu adalah platform strategik untuk memudahkan perbincang­an yang rancak, substantif dan bermakna dalam kalangan pihak berkepenti­ngan maritim.

Beliau berkata persidanga­n itu telah mengumpulk­an pihak berkepenti­ngan dalam hal ehwal maritim negara yang terdiri daripada pegawai kerajaan, agensi maritim dan pemain industri serta institusi akademik tempatan dan antarabang­sa.

“Terdapat banyak yang perlu dilakukan, dan banyak cabaran yang perlu diatasi, untuk Malaysia berkembang maju sebagai sebuai Negara Maritim. Visi kita akan menjadi kenyataan, dengan syarat kita bersedia untuk berganding bahu, dan mara ke hadapan bersama-sama. Forum ini boleh menjadi landasan pelancaran untuk Malaysia mengemudi sebagai Negara Maritim,” katanya.

Mohamad berkata persidanga­n bertemakan :Malaysia, a Maritime Nation: Steering the Course’ adalah bersesuaia­n dan relevan yang akan menawarkan peluang dan kemajuan untuk menjadi sebuah negara maritim sejati. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia