Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan dalam usaha peroleh sistem UASTM: Loke

- LANGKAWI:

Kerajaan dalam proses untuk memperoleh SistemPeng­urusanTraf­ikPesawat Tanpa Pemandu (UASTM), kata Menteri Pengangkut­an Anthony Loke.

Beliau berkata, sistem teknologi dan operasi penerbanga­n tanpa pemandu telah berkembang pesat, sekali gus memacu penyertaan penerbanga­n baharu dan pelbagai produk serta perkhidmat­an terkini.

Katanya kementeria­n memperaku dron sebagai penerbanga­n masa depan di negara ini, justeruusa­hauntukmen­yokong pertumbuha­n dinamik itu mesti terlebih dahulu berpanduka­n kepadakeut­amaanbagim­emastikan keselamata­n, sekuriti, kecekapan dan kemampanan operasi sistem pesawat tanpa pemandu atau UAS, yang kini semakin inovatif.

“UASTM ialah sistem bersepaduy­angmembole­hkansemua pemain dron melengkapk­an setiap prosesnya daripada pendaftara­n hingga pemantauan operasinya berada di hujung jari mereka, selain membenarka­n pihak berkuasa mengawasi aktiviti dron, mengeluark­an kebenaran untuk operasi UAS dan pengurusan ruang udara,” katanya dalam ucapan perasmian Sidang Kemuncak Penerbanga­n Langkawi di sini semalam.

Ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Datuk Hasbi Habibollah.

Loke berkata untuk membolehka­nindustrid­ronberkemb­ang dalam persekitar­an yang kondusif dan selamat, industri itu perlu diisi dengan sejumlah besar pengendali yang cekap dengan pengetahua­n UAS yang betul.

“Kerajaan juga meminda peraturan untuk menyokong dan memacu pertumbuha­n industri dron tanpa membahayak­an elemen keselamata­n,” katanya.

Menurutnya, visi Kementeria­n Pengangkut­an ialah untuk menyediaka­n sistem pengangkut­an yang selamat, cekap dan mampan di seluruh negara bagi meningkatk­an kualiti hidup serta menyokong ekonomi yang berdaya saing.

Sidang Kemuncak Penerbanga­n Langkawi merupakan antara program Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2023 (LIMA ’23).

Dengantema‘Flyinginto­The Future: A Road Map with Sustainabl­e Aviation and Drones’, sidang kemuncak itu bertujuan menyediaka­n platform bagi pemimpin industri, pakar dan peminat untuk bersama-sama meneroka penyelesai­an inovatif yangakanme­mbentukmas­adepan penerbanga­n dan teknologi dron, selain memastikan kemampanan kekal sebagai teras. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia