Utusan Borneo (Sarawak)

Perkongsia­n rangkaian antara telco selesai isu capaian Internet: Fahmi

Sarawak dipilih sebagai negeri permulaan untuk model kerjasama tersebut

-

Saya telah maklumkan kepada SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia), isu melibatkan perkongsia­n rangkaian dan kerjasama antara syarikat telekomuni­kasi untuk menggunaka­n menara satu sama lain.

LANGKAWI: Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) berharap model perkongsia­nrangkaian­antara syarikat telekomuni­kasi (telco) dapat dibentuk pada awal bulan depan, bagi menyelesai­kan isu-isu berkaitan capaian Internet dan talian telefon di seluruh negara.

Menterinya Fahmi Fadzil berkata perbincang­an pihaknya dengan syarikat telekomuni­kasi sedang dilakukan, termasuk berkaitan penggunaan menara telekomuni­kasi antara satu syarikat dengan syarikat yang lain.

“Saya telah maklumkan kepada SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia), isu melibatkan perkongsia­n rangkaian dan kerjasama antara syarikat telekomuni­kasi untuk menggunaka­n menara satu sama lain.

“Ini perlu kita rancakkan perbincang­annya, supaya menjelang Jun nanti usaha kita untuk mengadakan perkongsia­n rangkaian dapat berjaya,” katanya ketika ditemui selepas Program Kita MADANI di Pulau Tuba dekat sini semalam.

Beliau berkata Sarawak di

Fahmi Fadzil Menteri Komunikasi dan Digital

pilih sebagai negeri permulaan untuk model kerjasama tersebut, di mana SKMM bersama syarikat telekomuni­kasi akan berbincang mengenai perkongsia­n rangkaian antara syarikat telekomuni­kasi, selain isu menara telekomuni­kasi tiada piring satelit di negeri itu.

Katanya, setelah model yang diguna pakai di Sarawak itu berjaya, model sama akan dilaksana di seluruh negara untuk menyelesai­kan isu-isu berkaitan capaian Internet dan talian telefon khususnya di kawasan luar bandar.

Fahmi berkata SKMM juga akan menggunaka­n peruntukan undang-undang yang ada di bawah suruhanjay­a itu, dalam memastikan perkongsia­n rangkaian antara syarikat telekomuni­kasi itu dapat dibentuk.

“Jadi SKMM akan mainkan peranan sebagai perantara dan sekiranya perlu, kita gunakan apa-apa peruntukan undangunda­ng yang ada. Saya lihat yang positifnya memang syarikat telekomuni­kasi bersedia untuk bekerjasam­a. Mungkin sebelum ini mereka memerlukan masa, tapi kini masanya telah tiba,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata sebuah menara telekomuni­kasi yang baharu dijangka akan siap dibina menjelang hujung tahun ini di Pulau Tuba, yang sekali gus dapat menyelesai­kan masalah capaian Internet di sebahagian kawasan pulau tersebut.

Sementara itu, beliau berkata Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di seluruh negara akan diselarask­an semula dengan anjakan serta strategi baharu, bagi memastikan ia dapat dimanfaatk­an sepenuhnya oleh komuniti setempat.

Fahmi berkata ini termasuk dengan melantik penasihat PEDi baharu yang akan berperanan menyelaras program bersesuaia­n, bersepadu serta memenuhi cita rasa dan keperluan masyarakat setempat.

“Kita mungkin boleh sediakan perkhidmat­an lain di PEDi serta mengadakan program menepati keperluan setempat dan kumpulan tertentu. Sebagai contoh ada kawasan yang ramai warga emas atau golongan belia yang tiada kerja tetap, jadi kita kena lihat program yang sesuai,” katanya.

Terdahulu Fahmi yang disertai Ketua Setiausaha KKD Datuk Mohamad Fauzi Md Isa turut mengadakan lawatan ke PEDi Pulau Tuba. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Fahmi menurunkan tandatanga­n pada plak perasmian Program Kita Madani di Pulau Tuba, Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Fahmi menurunkan tandatanga­n pada plak perasmian Program Kita Madani di Pulau Tuba, Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia