Utusan Borneo (Sarawak)

Mount dalam senarai buruan Liverpool

-

Dalam pemindahan yang boleh mengubah permainan dalam landskap bola sepak musim panas ini, Mason Mount dilaporkan menuju ke arah menukar warna biru diraja Chelsea untuk warna merah berprestij Liverpool.

Liverpool telah membentang­kan sebahagian besar perancanga­n utama pemindahan musim panas mereka. Pengurus Jurgen Klopp telah menyuaraka­n cita-citanya kepada Fenway Sports Group dan nampaknya menjamin Mount sebagai keutamaann­ya.

Khabar angin yang mula timbul November lalu dan kini bisikan minat Liverpool terhadap Mount semakin kuat, digembar-gemburkan oleh wartawan dari Merseyside ke London.

Kontrak sedia ada Mount di Stamford Bridge tamat pada 2024 dan sekiranya kontrak lanjutan gagal ditandatan­gani, dia mungkin dalam perjalanan keluar.

Namun demikian, tawaran daripada Chelsea setakat ini belum cukup memenuhi jangkaan Mount.

Wartawan Chelsea, Bobby Vincent mencadangk­an perpindaha­n Mount ke Liverpool ketika ini lebih berkemungk­inan tinggi.

Dia menjelaska­n, “Buat masa ini, saya katakan dia lebih cenderung untuk menyertai Liverpool. Kami tahu Mauricio Pochettino, pengurus Chelsea yang bakal masuk, amat memandang tinggi Mount, tetapi itu bukan isunya.

“Masalahnya, Mount mahu berasa lebih dihargai oleh kelab. Dia merasakan tawaran yang datang tidak membuktika­n itu.”

Kebuntuan ini berpotensi memberi kelebihan kepada Liverpool dalam pemburuan mereka.

Chelsea meletakkan tanda harga 70 juta pound untuk Mount dan itu boleh menjadi batu penghalang. Liverpool sukar untuk membelanja­kan jumlah yang begitu besar, terutamany­a memandangk­an kontrak Mount hanya tinggal 12 bulan lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia