Utusan Borneo (Sarawak)

Patbull A juara takraw veteran Piala Pusingan Kelab Myphaam Bintulu

-

BINTULU: Regu Patbull A (Bintulu) meraih juara Kejohanan Sepak Takraw Veteran Piala Pusingan Kelab Myphaam Bintulu 2023 yang berlangsun­g di gelanggang sepak takraw Dewan Masyarakat Lot Kampung Warisan Jepak pada 20 dan 21 Mei lalu.

Dengan kejuaraan itu, regu terbabit yang dibarisi empat pemain iaitu Ahmad Ezzat Mohd Zaki, Noor Hisham Abd Ghani, Rosmadi Abd Ghani, Mohd Khairulniz­am Zainal Abidin dan pengurus Patrick Hitler Alexander Mok membawa pulang hadiah piala pusingan, piala iringan, medal dan wang tunai RM5,000.

Naib juara disandang oleh AMC76 A(Miri) yang dibarisi Mohd Zaimi Aboo, Kamarulzam­an Satar, Fadlansyah Barahim, Ahmad Sairi Awang dan pengurus Mohd Najib Kassim, sekali gus menerima hadiah piala iringan, medal dan wang tunai RM3,000.

Manakala tempat ketiga bersama diraih oleh Patbull

B (Bintulu) dan MD Putatan (Sabah) yang masing-masing menerima hadiah piala iringan, medal dan wang tunai RM1,000.

Sementara itu, Ahmad Ezzat Zaki dari Kuala Lumpur dinobatkan sebagai tekong terbaik, diikuti apit kiri dan apit kanan terbaik diraih oleh Mohd Hisham Abdul Ghani (Kedah) dan Rosmadi Abdul Ghani (Terengganu) masingmasi­ng mewakili Patbull A.

Jurucakap penganjur berkata, ketiga-ketiga pemain terbaik terbabit pernah

mewakili Malaysia dalam kejohanan-kejohanan besar sepak takraw satu ketika dahulu.

Katanya, lima lagi pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan ialah Mohd Normanizam Ahmad, Noor Azman Abdul Hamid, Saravanan Kanesan, Mohammad Kahar dan Fadlansyah Barahim.

Kejohanan itu merupakan anjuran Kelab Sepak Takraw Myphamm Bintulu dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Bintulu (PSTB).

 ?? ?? JUARA: Regu Patbull A yang muncul juara menerima hadiah daripada penganjur sambil merakamkan gambar kenangan.
JUARA: Regu Patbull A yang muncul juara menerima hadiah daripada penganjur sambil merakamkan gambar kenangan.
 ?? ?? NAIB JUARA: Regu AMC76 yang meraih naib juara merakamkan gambar kenangan.
NAIB JUARA: Regu AMC76 yang meraih naib juara merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia