Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha satukan rakyat bukan retorik

Pelbagai program pembanguna­n diusahakan, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat: Uggah

- Oleh Hamkar Sarbinee

Usaha menyatupad­ukan rakyat di seluruh Sarawak dalam Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 menerusi tunjang ‘Keterangku­man Sosial’ bukan hanya retorik semata-mata, tegas Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Menurutnya, di bawah tunjang berkenaan, pelbagai program pembanguna­n diusahakan, sekali gus memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri ini.

“Beberapa program pembanguna­n di Sarawak telah diusahakan bagi memastikan polisi ‘Keterangku­man Sosial’ dapat dilaksanak­an dan ia bukan hanya retorik.

“Penting untuk kerajaan memainkan peranan dalam membentuk dasar dan program bagi menjaga perpaduan di Sarawak kestabilan ekonomi, politik dan sosial,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching di sini, semalam.

Antara buktinya, kata Uggah, sebanyak sembilan agensi pembanguna­n telah ditubuhkan bagi membangunk­an Sarawak.

“Kesemua agensi pembanguna­n ini telah dibangunka­n di seluruh pelosok negeri demi memberi manfaat kepada komuniti di setiap kawasan terbabit.

“Setiap agensi diperuntuk­kan RM1.5 bilion dan ini pendekatan baharu kerajaan bagi memastikan pembanguna­n dapat diselarask­an dengan berkesan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Usaha ini sekali gus menentukan rakyat tidak mengira bangsa dan agama dapat menerima manfaat daripada projek yang dijalankan oleh kerajaan,” jelas Menteri Kewangan Kedua itu.

Uggah pada masa yang sama menekankan perpaduan dan solidariti di Sarawak antara model yang terdapat di Malaysia di mana masyarakat daripada pelbagai kaum hidup dalam keadaan harmoni.

“Kita mempunyai 35 kumpulan etnik di Sarawak dan ia merupakan cabaran besar bagi kerajaan dalam menentukan supaya perpaduan

dapat dikekalkan, sekali gus mengelakka­n konflik.

“Kita (Sarawak) dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta sebarang konflik yang berlaku dapat diselesaik­an dengan baik,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar rakyat tidak leka dan mengukuhka­n perpaduan di negeri ini.

Mengenai sambutan itu, Uggah berkata ia membolehka­n masyarakat daripada pelbagai kaum lebih mengenali antara satu sama lain.

 ?? — Gambar Muhammad Rais Sanusi ?? PERPADUAN UTUH: Uggah merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat dan peserta yang membuat persembaha­n pada Majlis Penutupan Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching, semalam.
— Gambar Muhammad Rais Sanusi PERPADUAN UTUH: Uggah merakamkan kenangan bersama tetamu kehormat dan peserta yang membuat persembaha­n pada Majlis Penutupan Program Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan di Tebingan Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia