Utusan Borneo (Sarawak)

LSS laksana operasi dua fasa, 26-31 Mei dan 4-6 Jun sempena Gawai

-

SIBU: Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) akan melaksanak­an operasi di seluruh negeri yang melibatkan 110 anggota penguat kuasa serta 12 bot laju bagi menjaga keselamata­n pengguna pengangkut­an sungai sempena cuti sekolah dan Gawai Dayak akan datang.

Pemangku Kontroller LSS Lt Kol Ding Tiew Wong dalam kenyataan semalam memaklumka­n bahawa fasa pertama operasi dijadualka­n pada 26 hingga 31 Mei, manakala fasa kedua pada 4 hingga 6 Jun.

“Seramai 110 anggota penguat kuasa dan 12 bot laju akan terlibat dalam operasi ini,” ujarnya.

Sehingga kini katanya, tiada permohonan untuk perjalanan tambahan diterima daripada pengusaha dan perjalanan tambahan adalah berdasarka­n permintaan dan secara ad hoc.

“Permohonan untuk perjalanan tambahan boleh dimohon dan kelulusan boleh diberikan serta-merta,” katanya.

Ding juga mengingatk­an pengendali bot penumpang agar memastikan bot mereka dilengkapi sepenuhnya dengan peralatan keselamata­n dan memiliki Permit Pengangkut­an Sungai yang sah.

“Mereka juga tidak dibenarkan membawa lebihan penumpang, itu melebihi jumlah yang dinyatakan dalam Permit.

“Kegagalan mematuhi peraturan ini akan dikenakan denda RM5,000 dan penjara dua tahun kepada pemilik atau juragan mengikut Seksyen 34(2) Ordinan Sungai Sarawak 1993,” tegasnya.

Bagi penumpang yang menaiki bot terbuka seperti bot laju, bot panjang dan sebagainya, mereka dinasihatk­an memakai jaket keselamata­n semasa dalam perjalanan.

Beliau menegaskan juragan bot bertanggun­gjawab terhadap keselamata­n penumpang mereka dan harus memastikan jaket keselamata­n dipakai sebelum meneruskan perjalanan.

 ?? ?? OPERASI GAWAI: LSS akan mengadakan operasi di seluruh negeri bagi memastikan keselamata­n penumpang pengangkut­an sungai.
OPERASI GAWAI: LSS akan mengadakan operasi di seluruh negeri bagi memastikan keselamata­n penumpang pengangkut­an sungai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia