Utusan Borneo (Sarawak)

Jurutera mengaku tidak bersalah hantar komunikasi jelik kepada kakitangan telco

-

Seorang jurutera lelaki mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas lima pertuduhan menghantar komunikasi jelik kepada kakitangan syarikat telekomuni­kasi melalui aplikasi Perkhidmat­an Pesanan Ringkas (SMS) pada 2019.

Orang kena saman (OKS), Sim Ngee Thiam, 45, membuat pengakuan tersebut selepas kelima-lima pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan empat Hakim Mahkamah Sesyen dalam prosiding berbeza.

Hakim Afidah Abdul Rahman, Hakim Maris Agan, Hakim Mohd Taufik Mohd@ Mohd Yusoff dan Hakim Musli Ab Hamid masingmasi­ng memerintah­kan kes disebut semula pada 4 Julai depan.

Sementara menunggu tarikh tersebut, keempatemp­at hakim membenarka­n OKS diberikan ikat jamin RM5,000 (tidak didepositk­an) berserta dua penjamin tempatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah juga memerintah­kan OKS untuk melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali, selain mengarahka­n OKS menyerahka­n pasportnya kepada mahkamah.

Mengikut kesemua kertas pertuduhan, OKS didakwa secara sedar membuat dan memulakan komunikasi berbentuk teks yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati pihak

kakitangan telekomuni­kasi, menerusi perkhidmat­an aplikasi SMS dari satu nombor telefon.

Perbuatan itu didakwa dilakukann­ya dalam lima kejadian berbeza iaitu masing-masing pada pada Jun (tiga kali), Julai dan Disember 2019.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah seksyen 233(3) Akta yang sama.

Seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Difahamkan, OKS menghantar SMS berbaur perkauman dan seksual dalam bahasa Melayu Sarawak ditujukan kepada pihak kakitangan bertugas di sebuah syarikat telekomuni­kasi terkemuka di Malaysia, antara lain yang disebut adalah pengurus besar.

Selain itu difahamkan, OKS dalam SMS tersebut dikatakan mencarut dan tidak berpuas hati dengan syarikat telekomuni­kasi yang gagal menawarkan perkhidmat­an tanpa gangguan isyarat.

OKS diwakili peguam Hii Yiik Yew sementara pendakwaan bagi kesemua kes dilakukan oleh Pegawai Pendakwa (PO) Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Siti Hajar Sulaiman dan PO Nur Nazhzilah Mohammad Hashim.

 ?? ?? NAFI: OKS (belakang) keluar dari kamar mahkamah selepas selesai salah satu sebutan kes di Mahkamah Sesyen, semalam.
NAFI: OKS (belakang) keluar dari kamar mahkamah selepas selesai salah satu sebutan kes di Mahkamah Sesyen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia