Utusan Borneo (Sarawak)

Henti spekulasi tentang kes kecurian di pasar raya Sarikei

-

Orang ramai dinasihatk­an agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes curi di sebuah sebuah pasar raya di sini pada 22 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah (KPD) SarikeI Superinten­den Awang Arfian Awang Bujang berkata, kejadian ini telah tular di media sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat.

“Pihak polis telah menerima laporan polis berkait kejadian kes curi di salah sebuah pasar raya di sini pada 22 Mei lalu.

“Kes ini telah melibatkan seorang wanita yang berusia 38 tahun yang juga merupakan suri rumah.

“Dalam kejadian ini, mangsa telah membuat laporan polis selepas mendapati dompet yang mengandung­i sejumlah wang tunai dan dokumen peribadi dalam beg sandangnya hilang ketika hendak membuat pembayaran di sebuah kaunter di pasar raya terbabit,” katanya dalam kenyataan kepada media, kelmarin.

Berdasarka­n laporan mangsa, beliau menyedari dompetnya hilang semasa hendak membuat pembayaran barang yang telah dibelinya di kaunter pasar raya tersebut sekitar jam 9.15 pagi.

Menurut Awang Arfian, selepas menyedari kehilangan dompetnya mangsa telah bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Sarikei pada jam 10.39 pagi.

“Berdasarka­n laporan tersebut, pihak polis telah melakukan siasatan dan hasil pemeriksaa­n awal pihak polis menerusi kamera litar tertutup (CCTV) kelihatan seorang lelaki telah mengekori mangsa semasa berada di dalam pasar raya tersebut.

“Dalam rakaman CCTV, kelihatan zip beg sandang pengadu terbuka selepas diekori lelaki terbabit.

“Kinikester­sebutsedan­g disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” jelas Awang lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia