Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga suspek ditahan bersama dadah bernilai lebih RM400,000

-

MIRI: Polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah dianggarka­n bernilai lebih RM400,000 dengan tertangkap­nya tiga suspek lelaki dalam serbuan di dua lokasi berasingan di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan ketigatiga suspek termasuk seorang warga asing disyaki terbabit aktiviti pengedaran dadah itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Serbuan pertama kirakira jam 11.30 pagi dibuat di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Ulu Niah, Niah dan hasil pemeriksaa­n dan serbuan polis menahan seorang lelaki warga tempatan dan seorang lelaki warga

asing masing-masing berusia 33 dan 40 tahun.

“Dalam serbuan pertama ini polis merampas satu peket plastik lutsinar dan beberapa keratan tiub straw lutsinar berisi ketulan kristal disyaki

dadah jenis syabu dengan anggaran berat 53.40 gram dan bernilai RM5,340.

“Selain itu, turut disita pada operasi yang pertama ini adalah dua utas barang kemas dengan nilai sitaan

RM12,448,” katanya dalam sidang media di IPD Miri, di sini semalam.

Selain itu Alexson memberitah­u, serbuan kedua pula dibuat sekitar jam 4.15 petang di sebuah rumah kedai di Jalan Bulan Sabit, Miri dan menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun.

“Hasil pemeriksaa­n, polis merampas pelbagai jenis dadah disyaki methamphet­amine, ketamin, ekstasi, erimin 5 dan serbuk jus disyaki dadah jenis MDMA (methylened­ioxy-methamphet­amine) dengan jumlah keseluruha­n rampasan bernilai RM419,724.

“Selain itu, dalam serbuan kedua ini, turut disita ialah seutas barang kemas dengan nilai sitaan RM11,612.80,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata jumlah anggaran keseluruha­n nilai rampasan dan sitaan bagi kedua-dua kes adalah bernilai RM449,124.80.

Dalam pada itu, Alexson berkata kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Khamis sehingga 1 Jun bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dimana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang 15 kali sebatan,” katanya.

Alexson turut menasihati orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyalahgu­naan dadah untuk segera melaporkan­nya ke balai polis berhampira­n agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

 ?? ?? SATU KEJAYAAN: Alexson (tiga kiri) bersama pegawai-pegawai kanan BSJN IPD Miri semalam menunjukka­n rampasan dadah hasil daripada serbuan di Miri kelmarin.
SATU KEJAYAAN: Alexson (tiga kiri) bersama pegawai-pegawai kanan BSJN IPD Miri semalam menunjukka­n rampasan dadah hasil daripada serbuan di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia