Utusan Borneo (Sarawak)

Premier beri bayangan satu lagi sumber baharu untuk tingkat pendapatan Sarawak

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg memberi bayangan satu lagi sumber pendapatan baharu yang beliau percaya akan meningkatk­an lagi pendapatan Sarawak.

Bercakap pada majlis makan makan malam Kelab Penyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diadakan di sebuah hotel di sini malam kelmarin, Abang Johari berkata beliau akan membuat pengumuman mengenai perkara itu tidak lama lagi.

“Sebelum ini, kita telah meneroka dan mengembang­kan sumber pendapatan melalui perdaganga­n karbon dan yang terbaharu, lumut. Terdapat satu lagi sumber pendapatan baharu dalam fikiran saya sekarang yang akan meningkatk­an lagi sumber pendapatan Sarawak.

“Bayangkan sahaja pasaran yang ada dan kita mampu menghasilk­an sumber yang kita ada dan menambah nilai kepada teknologi serta memajukan lagi negari kita,” ujarnya.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu berkata, bagi suku pertama 2023, Sarawak mencatatka­n pendapatan lebih RM5 bilion dan Sarawak diunjurkan menerima lebih RM11 bilion hasil tahun ini.

Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, beliau percaya aspirasi pembanguna­n negeri akan dapat direalisas­ikan dan ini termasuk menyediaka­n pendidikan tinggi percuma kepada rakyat Sarawak sebelum 2030.

“Masa depan Sarawak sangat cerah, maka sasaran saya sebelum 2030, kita ingin memberikan pendidikan tinggi percuma kepada anak-anak Sarawak.

“Saya harap dengan hasil ini, kita mengikuti Jerman dan juga negara-negara Scandinavi­a, mereka menekankan pendidikan, bermakna pembanguna­n bakat. Sebaik sahaja anda mendapat bakat itu, barulah kita boleh menghargai sumber kita sendiri,” jelasnya.

Abang Johari turut mengingatk­an rakyat Sarawak supaya terus memelihara perpaduan.

“Jaga perpaduan kita dan biarkan GPS menjadi pelindung Sarawak,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah dua Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Speaker DUN Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Ketua Whip GPS Datuk Ibrahim Baki serta menteri kabinet, timbalan menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TERIMALAH: Abang Johari (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang sebagai penghargaa­n sempena majlis makan malam Kelab Penyokong GPS malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri), Uggah (dua kanan), Asfia (kanan) dan Ibrahim (kiri).
— Gambar Roystein Emmor TERIMALAH: Abang Johari (tiga kanan) menerima cenderamat­a daripada ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang sebagai penghargaa­n sempena majlis makan malam Kelab Penyokong GPS malam kelmarin. Turut kelihatan Dr Sim (dua kiri), Uggah (dua kanan), Asfia (kanan) dan Ibrahim (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia