Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti menarik sempena Karnival Gawai Tematu mulai hari ini

-

Karnival Gawai Tematu 2023 berlangsun­g dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Tematu mulai hari ini.

Pengerusi penganjur John Pata berkata, antara aktiviti tumpuan malam ini, Pertanding­an Onak Dayung Gawea Tematu, Pertanding­an Sindok Gawea Tematu serta Pertanding­an Ratu Bakat dan Ratu Gaun Kontempora­ri Terbaik Dayung Gawea Tematu.

Manakala pada Sabtu, akan berlangsun­g pelbagai aktiviti bermula jam 7.30 pagi seperti aktiviti senamrobik, zumba, sukaneka, pertanding­an kraf tangan, jualan makanan dan minuman, pakaian tradisiona­l, hasil tani serta pameran oleh agensi kerajaan.

Pemeriksaa­n kesihatan turut akan dijalankan oleh Klinik Kesihatan Kota Sentosa, pemeriksaa­n gigi oleh Klinik Pergigian Kota Sentosa dan program derma darah oleh Tabung Darah Hospital

Umum Sarawak.

Manakala pada sebelah malam, acara kemuncak Pertanding­an Akhir Dayung Gawea Tematu 2023 akan diadakan menampilka­n seramai 10 finalis.

“Semua pengunjung digalakkan untuk memakai pakaian tradisiona­l kerana hadiah akan diberikan kepada pengunjung dengan pakaian tradisiona­l terbaik pada malam 27 Mei,” katanya.

Dalam pada itu Timbalan Premier Dato Sri Dr Sim Kui

Hian dan Timbalan Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Datuk Snowdan Lawan dijangka hadir pada malam 27 Mei.

Beberapa artis tempatan juga tampil untuk menghiburk­an pengunjung, antaranya Amy Disien, Claudia Geres, Mike Rantai serta Bell Sky Night selain persembaha­n muzik tradisiona­l kontempora­ri oleh Kumpulan Kebudayaan Tematu.

 ?? — Gambar Micklong Bridal Studio ?? RUPAWAN: Finalis yang bakal berentap merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2023 sempena Karnival Gawai Tematu pada malam 27 Mei ini.
— Gambar Micklong Bridal Studio RUPAWAN: Finalis yang bakal berentap merebut gelaran Dayung Gawea Tematu 2023 sempena Karnival Gawai Tematu pada malam 27 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia