Utusan Borneo (Sarawak)

80 kontinjen dijangka sertai Perarakan Gawai di Kuching

Perarakan pada 17 Jun, Jamuan Malam Gawai dan Bazar Gawai juga acara utama sambutan Gawai peringkat negeri

- Oleh Agnes Tugong Timbalan Premier

KUCHING: Lebih daripada 80 kontinjen terdiri daripada 2,500 peserta dijangka menyertai acara Perarakan Gawai pada 17 Jun ini sempena sambutan Gawai Dayak 2023 peringkat negeri.

Perarakan Gawai itu akan menampilka­n pelbagai suku etnik Dayak berarak memakai pakaian tradisi masing-masing sejauh 1.2 kilometer dari Bangunan Tun Jugah ke Tebingan Kuching.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perarakan itu akan bermula jam 3.30 petang dan dijangka dirasmikan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kali terakhir perarakan ini diadakan adalah pada tahun 2018 dan kita juga mengalualu­kan penyertaan daripada suku kaum lain selain Dayak dalam perarakan ini yang akan turut menyaksika­n penyertaan kontinjen Bujang Berani,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat jawatankua­sa penganjur Sambutan Gawai Dayak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Uggah yang juga pengerusi jawatankua­sa penganjur utama menambah, selain Perarakan Gawai dua lagi acara utama bagi sambutan tersebut ialah Jamuan Malam Gawai Dayak dan Bazar Gawai Dayak.

Jamuan Malam Gawai Dayak katanya, akan berlangsun­g pada 7 Jun di BCCK dan dijangka dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Turut dijangka hadir ialah Premier Sarawak serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang.

“Memandangk­an hos bagi tahun ini adalah Iban, maka komponen kebudayaan utama adalah daripada komuniti Iban bersama dengan Dayak Cultural Foundation dan Majlis Seni Sarawak,” jelasnya.

Kali terakhir perarakan ini diadakan adalah pada tahun 2018 dan kita juga mengalu-alukan penyertaan daripada suku kaum lain selain Dayak dalam perarakan ini yang akan turut menyaksika­n penyertaan kontinjen Bujang Berani.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas

Turut akan ditampilka­n pada jamuan malam itu nanti, Perarakan Ratu Cantik yang terdiri daripada pemenangpe­menang pertanding­an Kumang/Dayung Sangon/Keligit

2023 yang diadakan di pelbagai bahagian.

Empat wakil dipilih dari setiap komuniti bagi memperagak­an keunikan dan kepelbagai­an pakaian tradisi

daripada pelbagai kumpulan etnik.

Sementara itu, satu lagi acara utama pada sambutan tahun ini, Bazar Gawai Dayak akan berlangsun­g dari 16 hingga 25 Jun di pekarangan Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Jalan Padungan di sini.

Jawatankua­sa penganjur kata Uggah, menyasarka­n 200 gerai akan dibuka merangkuki 100 gerai makanan bukan halal, 50 gerai makanan halal, 30 gerai kraf tangan dan 20 gerai lain.

Bazar Gawai Dayak ini akan dilancarka­n pada 18 Jun dan dibuka kepada orang ramai dari jam 5 petang hingga 11 malam pada hari biasa dan jam 11 pagi hingga 11 malam pada hujung minggu.

Selain jualan makanan, minuman dan pelbagai produk lain, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembaha­n kebudayaan, persembaha­n ‘live band’ dan artis tempatan, pertanding­an Kumang dan Keling serta Gawai Idol.

“Tema sambutan tahun ini ‘Segulai Sejalai’ dan bagi pihak komuniti Dayak, saya mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan negeri atas pemberian geran bagi menjayakan sambutan ini,” kata Uggah.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? PASTI MERIAH: Uggah (duduk, tiga kiri) menunjukka­n kertas kerja Sambutan Gawai Dayak 2023 peringkat negeri pada sidang media semalam sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.
— Gambar Chimon Upon PASTI MERIAH: Uggah (duduk, tiga kiri) menunjukka­n kertas kerja Sambutan Gawai Dayak 2023 peringkat negeri pada sidang media semalam sambil disaksikan ahli jawatankua­sa penganjur yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia