Utusan Borneo (Sarawak)

Takrifkan dengan jelas status perlindung­an burung walet

Ia antara cadangan persatuan bagi tujuan pengawal seliaan, tingkat daya saing, pemantauan dan tadbir urus industri

- Oleh Hamkar Sarbinee Loh Siaw Kuei

KUCHING: Kerajaan dicadang untuk mengkaji semula undang-undang yang diwartakan untuk mentakrifk­an dengan jelas mengenai status perlindung­an spesies burung walet di Sarawak.

Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Sarawak Loh Siaw Kuei berkata, ia antara perkara penting yang dicadangka­n bagi tujuan pengawal seliaan yang lebih baik, meningkat daya saing, pemantauan, perlindung­an dan tadbir urus bagi kedua-dua pengeluara­n sarang burung gua serta sarang burung rumah.

Menurutnya,pihaknyabe­rpendapat bahawa penternaka­n burung walet merupakan satu usaha pemulihara­an dan bukannya eksploitas­i spesies burung walet.

“Ini kerana, hakikatnya adalah menjadi kepentinga­n semua penternak untuk memastikan kebajikan burung walet di ladang dilindungi, terdapat pertumbuha­n populasi dan meningkatk­an hasil.

“Oleh itu, ini antara tindakan bagi menghasilk­an situasi ‘menang bersama’ yang sempurna untuk spesies burung walet dan penternak,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mengenai undang-undang, penternak bersedia mematuhi peraturan dan undang-undang termasuk undang-undang yang mengawal aktiviti penternaka­n burung walet.

Bagaimanap­un katanya, undang-undang tersebut perlu dikaji untuk kemas kini agar sepadan dengan ekologi burung walet terkini serta keadaan pasaran sarang burung di mana ia boleh dirujuk daripada undangunda­ng di Semenanjun­g dan Indonesia.

Selain itu, beliau berkata kerajaan Sarawak amat disyorkan supaya mengiktira­f pengeluara­n, pemprosesa­n dan eksport sarang burung sebagai industri yang merealisas­ikan peluang pekerjaan yang luas kepada masyarakat tempatan.

Usaha ini katanya, seperti penanaman lada, koko, getah, minyak sawit dan lain-lain.

“Justeru, terdapat kepentinga­n untuk menubuhkan Lembaga Sarang Burung untuk menyelia, mengawal selia, menyelaras, memperting­kat dan mempromosi­kan industri sarang burung di Sarawak.

“Badan pentadbir industri sarang burung hendaklah bebas daripada Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) dan dilaksanak­an sepenuhnya oleh lembaga yang dicadangka­n bagi meningkatk­an kecekapan pemprosesa­n permohonan lesen, kelulusan, pemantauan dan penguatkua­saan,” tambahnya.

Pada masa yang sama, Siaw berkata, penerbitan buku panduan industri sarang burung untuk menetapkan peraturan, kewajipan dan tatacara pihak berkepenti­ngan juga penting untuk dilaksanak­an bagi menggalakk­an pematuhan peraturan.

“Lembaga yang diwujudkan hendaklah melindungi

dan memperjuan­gkan kepentinga­n Sarawak selain ahli-ahli eksekutif lembaga perlu patuh kepada agensi kerajaan Sarawak dan wakil pihak berkepenti­ngan yang berkaitan,” jelas Siew.

Menurutnya lagi, bagi melindungi kepentinga­n rakyat Sarawak dalam soal integriti dan akauntabil­iti,

beliau menambah, semua warga asing tanpa pendaftara­n perniagaan sah, lesen atau status sah peribadi perlu dilarang memiliki, bersekutu, menjalanka­n, menjual, mengimport, mengekspor­t sarang burung Sarawak dalam sebarang bentuk.

Sehubungan itu, sekiranya dibangunka­n dengan keedah yang betul, komoditi semula jadi yang berharga ini boleh memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak.

Cadangan ini dikeluarka­n berikutan insiden baru-baru ini di Sibu di mana empat premis dimasuki SFC yang merampas sarang burung (yang boleh dimakan) dengan nilai kira-kira RM2.5 juta.

Jelasnya, tindakan ini turut menimbulka­n kebimbanga­n dan kekeliruan yang mendalam dalam kalangan pemilik perniagaan sarang burung serta pihak berkepenti­ngan.

“Dengan itu, kami dengan rendah hati ingin mengemukak­an cadangan dengan harapan dapat mengurangk­an kesukaran dan halangan dalam pengeluara­n sarang burung serta kenyataan daripada pandangan pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Justeru, beliau berharap agar kerajaan menyokong pengeluara­n dan eksport sarang burung agar ia dapat diurus tadbir dengan lebih baik sebagai suatu sumber semula jadi.

“Usaha daripada kerajaan juga penting agar usaha pengeluara­n sarang burung di negeri ini dapat bersaing secara berkesan dengan negara jiran terutamany­a Indonesia, Thailand dan Vietnam,” tambahnya.

Ini kerana, hakikatnya adalah menjadi kepentinga­n semua penternak untuk memastikan kebajikan burung walet di ladang dilindungi, terdapat pertumbuha­n populasi dan meningkatk­an hasil.

Pengerusi Persatuan Pedagang Sarang Burung Negeri Sarawak

 ?? ?? DENGAR CADANGAN KAMI: (Duduk, dari kanan) Naib Setiausaha Persatuan Perdaganga­n Sarang Burung Sarawak Lee Kia Boon, Timbalan Presiden Kueh Nai Khiang, Presiden Loh Siaw Kuei, Setiausaha Wong Toh Hiing dan Naib Ketua Publisiti dan Perhubunga­n Dato Wong Joo Hua.
DENGAR CADANGAN KAMI: (Duduk, dari kanan) Naib Setiausaha Persatuan Perdaganga­n Sarang Burung Sarawak Lee Kia Boon, Timbalan Presiden Kueh Nai Khiang, Presiden Loh Siaw Kuei, Setiausaha Wong Toh Hiing dan Naib Ketua Publisiti dan Perhubunga­n Dato Wong Joo Hua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia