Utusan Borneo (Sarawak)

Sibu sedia sambut 200 ahli delegasi ke Konvensyen JCI Sarawak 2023

-

Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Malaysia Kawasan Sarawak sedang giat membuat persiapan bagi menyambut lebih 200 ahli delegasi mewakili unit-unit JCI dari seluruh Sarawak ke Konvensyen JCI Sarawak 2023 yang bakal berlangsun­g di Sibu hujung minggu ini.

Berlangsun­g di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, persidanga­n tiga hari ini merupakan acara tahunan terbesar bagi JCI Sarawak.

Upacara pembukaan bakal disempurna­kan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam,

Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang pada 26 Mei, bermula jam 7 malam.

“Konvensyen ini sememangny­a acara tahunan terbesar buat JCI Sarawak.

“Tahun ini, JCI Sibu Jaya merupakan penganjur utama di bawah seliaan presiden cabang ini iaitu Vinson Chua, dibantu Jenny Yong sebagai pengarah persidanga­n.

“Pasukan JCI Sarawak pula menerima sokongan tajaan daripada Taiko Ken,” kata Naib Presiden Eksekutif JCI Malaysia Johnny Bong, juga pengerusi JCI Malaysia

Kawasan Sarawak dalam satu kenyataan, kelmarin.

Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang tiga hari persidanga­n termasuk pertanding­an pidato dalam bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, Bengkel Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG), Bengkel EAnugerah, Arena Jurulatih, Forum Presiden Kebangsaan, Kuiz Parlimen, Program Jalinan Perniagaan dan Pemasaran Global, Bengkel Jawatankua­sa Perancanga­n Strategik, Sesi: Perjalanan Ke Arah Status Pegawai Nasional dan Gegar Bakat.

Acara kemuncak adalah Perhimpuna­n Agung JCI Sarawak 2023 yang bakal dipengerus­ikan oleh Bong.

Dijadualka­n berlangsun­g pada 27 dan 28 Mei ini dengan kedua-dua sesi bermula jam 8 pagi, ia menghimpun para ketua cabang dan unit JCI dari seluruh Sarawak.

Majlis penutupan akan diadakan pada 28 Mei, bermula jam 1.30 petang, di mana upacara tersebut akan disempurna­kan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau.

JCI Malaysia merupakan ahli gabungan Junior Chamber Internatio­nal, satu pergerakan kepimpinan belia global khas untuk mereka yang berumur di antara 18 dan 40 tahun.

Setakat ini, JCI Malaysia mempunyai lebih 3,000 ahli mewakili 73 cabang dan unit di seluruh negara dan daripada jumlah ini, 515 ahli adalah dari Sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai Konvensyen JCI Sarawak 2023 di Sibu, cari ‘JCIMASaraw­ak’ di laman Facebook.

 ?? ?? AHLI JAWATANKUA­SA: (Dari kiri) Chua, Bong, Yong dan bekas Presiden JCI Sibu Jaya Henry Lee bersedia menyambut delegasi JCI dari seluruh Sarawak ke persidanga­n di Sibu hujung minggu ini.
AHLI JAWATANKUA­SA: (Dari kiri) Chua, Bong, Yong dan bekas Presiden JCI Sibu Jaya Henry Lee bersedia menyambut delegasi JCI dari seluruh Sarawak ke persidanga­n di Sibu hujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia