Utusan Borneo (Sarawak)

Fun Cat Show 2023 di Bintang Megamall Miri pada 1 Julai

-

Selepas mendapat sambutan menggalakk­an tahun lalu, Oh Hara and Company sekali lagi menganjurk­an Fun Cat Show 2023 di Bintang Megamall, 1 Julai depan.

Jurucakapn­ya berkata, tahun ini pihaknya menyasarka­n sebanyak 80 penyertaan dalam lima kategori.

“Program ini adalah inisiatif kami dengan kerjasama pelbagai pihak untuk mempromosi­kan kucing peliharaan kepada orang awam di Miri.

“Tempat-tempat lain seperti Semenanjun­g dan Kuching selalu menganjurk­an program sebegini, penganjura­n aktiviti ini di Miri juga adalah mempromosi­kan Miri sebagai bandaraya pelanconga­n,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, kelmarin.

Menurutnya, pencinta kucing dari negara Brunei Darussalam dan luar Miri juga boleh datang ke sini untuk melihat lebih dekat kucing pelbagai spesies.

Malahan, penganjura­n sulung pada Disember tahun lalu telah mendapat sambutan dengan penyertaan 60 ekor kucing dan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan.

Dalam pertanding­an tahun ini pula, antara kategori yang dipertandi­ngkan ialah Anak Kucing Bulu Pendek, Anak Kucing Bulu Panjang, Kucing Dewasa Bulu Pendek dan Kucing Dewasa Bulu Panjang dengan yuran penyertaan RM60.

Selain itu, kategori lain yang ditawarkan pertanding­an Fesyen Kucing.

Yuran penyertaan bagi kategori ini hanya RM10.

Me-O merupakan penaja utama manakala Bintang Megamall sebagai penganjur lokasi pertanding­an.

Pertanding­an katanya, akan bermula jam 10 pagi hingga jam 6 petang dan setiap

kategori menawarkan hadiah yang menarik.

Pemilik kucing yang ingin mendaftark­an kucing mereka untuk pertanding­an itu boleh mendaftar bermula dari sekarang hingga mencapai 80 penyertaan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubung­i Ohara (013-8338181) atau Eein (018-9699186).

 ?? ?? SERTAI KAMI: Fun Cat Show 2023 edisi kedua akan berlangsun­g di Bintang Megamall, 1 Julai depan.
SERTAI KAMI: Fun Cat Show 2023 edisi kedua akan berlangsun­g di Bintang Megamall, 1 Julai depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia