Utusan Borneo (Sarawak)

Bersama jaga kebersihan sungai: Safiee

Semua pihak berperanan pelihara kebersihan, keselamata­n sungai sebagai sumber air

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Menjaga kebersihan sungai merupakan tanggungja­wab bersama masyarakat dan juga agensi-agensi kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Ahmad berkata, pihak Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) mempunyai peranan sendiri dalam perkara ini, begitu juga dengan masyarakat setempat.

“Semua pihak ada peranan masing-masing dalam menjaga kebersihan sungai kita ini,” katanya ketika Program Kesedaran dan Keselamata­n Sungai di Kampung Pangtray, Daro baru-baru ini.

Walaupun suatu ketika dulu katanya, sungai merupakan salah satu keperluan utama kerana ia merupakan laluan pengangkut­an utama penduduk, namun kini fungsinya telah berubah.

“Sejak sungai digantikan dengan jalan raya sebagai laluan utama, sungai dilihat kurang popular.

“Atas sebab itu, banyak laluan-laluan yang dahulunya besar menjadi semakin mengecil dan juga sempit.

“Namun ia tidak boleh menjadi alasan untuk tidak

Ini bagi memastikan ada laluan sungai yang tidak tertutup atau menjadi terlalu cetek kerana ia masih lagi relevan dalam kehidupan masyarakat.

menjaga kebersihan dan juga keselamata­n sungai.

“Ini kerana penduduk masih lagi bergantung kepada sungai sebagai sumber air

bersih,” tegas beliau.

Pihak LSS kata Safiee, turut diminta mengambil langkah lebih drastik.

“Ini bagi memastikan ada laluan sungai yang tidak tertutup atau menjadi terlalu cetek kerana ia masih lagi

relevan dalam kehidupan masyarakat,” tegasnya lanjut.

Pada program berkenaan, semua pihak bergotongr­oyong membersihk­an sungai di kampung berkenaan.

Di samping itu, beberapa

agensi turut mengadakan ceramah kesedaran kepada penduduk kampung yang hadir.

Hadir sama Pengerusi LSS Dr Murni Suhaili dan Pegawai Daerah Daro Bujang Rahman Seli.

Safiee Ahmad ADUN Daro

 ?? ?? TERIMALAH: Safiee (tengah) ketika menyerahka­n cenderahat­i kepada jemputan yang hadir.
TERIMALAH: Safiee (tengah) ketika menyerahka­n cenderahat­i kepada jemputan yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia